Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Kerapu Celup Tepung Masak 10 Rasa. Kuah Dia Memang Sedap Sangat Weh!

0 76

Nah, resepi ikan kerapu celup tepung masak 10 rasa. Resepi khas dari Dato Sri Vida. Kalau ikutkan resepi asal guna ikan siakap, tapi masak guna ikan kerapu pun sedap. Dapat pulak kerapu fresh yang baru pancing. Terangkat dibuatnya!

Dah lama teringin nak cuba resepi DSV ni sebab nak tahu rasa campuran air asam jawa dan gula melaka. Orang kata kuah dia sedap giler. Mana taknya, lauk ni ada 10 rasa ye. Resepi pun mudah je nak buat. Mesti korang pun suka nanti.

Takde ikan kerapu, kita tukar guna ikan siakap. Step memasak sama je, kena goreng dulu ikan tu baru boleh curah dengan sos 10 rasa. Tak tahu la kanape DSV panggil resepi ni masak 10 rasa. Pening kepala dibuatnya. Ye dok!

Nak makan kat luar tak tahu pulak ada jual ke tak masak lauk 10 rasa ni. Tapi kalau nak lagi jimat, kita masa sendiri je kat rumah. Tekstur ikan garing, kuah dia pulak marvelous. Makan dengan telur dadar pun dah cun!

Resepi ikan kerapu celup tepung masak 10 rasa ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Bahan-bahan memasakan biasanya dah tersedia kat dapur. Just beli ikan yang fresh je.

RESEPI IKAN KERAPU CELUP TEPUNG MASAK 10 RASA 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan resepi DSV ni. Terpulang ikut citarasa korang nak guna ikan apa. Yang penting step memasak kena ikut kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 1 ekor ikan kerapu
  • Tepung goreng serbaguna
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 1 ketul mini gula melaka (ditumbuk hancur)
  • 1 mangkuk kecil sos ikan
  • 1 biji limau nipis (jus)
  • 1 biji bawang merah (hiris)
  • 5 tangkai lada kecik (potong kecil)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 akar daun ketumbar (diracik)
  • Bawang putih cincang (tak letak pun takpe)

CARA PENYEDIAAN IKAN KERAPU CELUP TEPUNG MASAK 10 RASA : 

▶️ Mula-mula, buatkan kuah dahulu.

▶️ Campurkan air panas, asam jawa, gula melaka, sos ikan, jus limau nipis, hirisan bawang, lada, tomato dan masukkan bawang putih goreng untuk rasa lagi sedap.

▶️ Gaulkan kesemuanya dan perasakan dengan sedikit sahaja gula dan garam.

▶️ Jangan lupa racikkan daun ketumbar ke dalam kuah untuk rasa yang lengkap.

▶️ Setelah itu, hiriskan bahagian badan ikan dan salutkan dengan tepung serbaguna.

▶️ Goreng ikan dalam minyak yang panas sehingga warna keemasan.

▶️ Angkat ikan dan toskan minyak.

▶️ Akhir sekali, tuangkan campuran kuah tadi ke atas ikan. Sedia dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Cheezy Wedges Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Anak-Anak Confirm Berebut Nak Makan!

 

Wah! Nampak nikmat sangat makan lauk ni. Musim-musim hujan dapat lauk macam ni memang sedap. Lagi-lagi bila lauk kita tu berkuah. Rasa pedas, masam, manis, masin dalam hidangan ni lengkap. Patutlah resepi ni viral kan.

Ikan tadi kena goreng dengan tepung, baru sedap nak makan. Boleh dikatakan resepi ni ala-ala hidangan masak 3 rasa jugak ye. Makan lauk ni dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar, confirm terangkat dibuatnya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zurina Zulkefli kerana sudi berkongsi resepi ikan kerapu celup tepung masak 10 rasa ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open