Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Udang Galah Masak Paprik Yang Mudah Dan Sedap. Gerenti Menjilat Jari! 

0 889

Sekali sekala masak menu Thai pun okay jugakkan. Confirm satu rumah suka! Kali ini kita akan ikuti satu perkongsian resepi udang galah masak paprik pula. Udang galah ni ramai penggemarnya, boleh juga dihidang dengan pelbagai cara kesukaan anda.

Selain dimasak dengan udang galah, masak paprik juga boleh dimasak dengan ayam, daging dan seafood. Masak paprik ini juga pastinya menjadi tarikkan bila makan di restoran Thai. Boleh dihidang bersama nasi goreng dan juga nasi putih.

Memandangkan kita tak dapat nak makan malam di restoran Thai macam biasa, apa kata kita cuba resepi paprik homemade. Tapi kali ni kita menggunakan udang galah saiz sederhana. Buat menu makan malam seronok juga!

Resepi udang galah masak paprik ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Mohamad Arymin. Mudah sangat nak buat. Yang penting wajib guna udang galah yang fresh. Barulah tak ganggu mood nak makan nanti.

Yang tak boleh nak makan seafood tu jangan sedih tau. Anda boleh tukar lauk resepi ini menggunakan ayam atau pun daging. Resepi ini juga boleh dicampurkan dengan pelbagai sayur yang anda suka seperti kacang panjang, carrot dan juga sayur jagung.

 

RESEPI UDANG GALAH MASAK PAPRIK

Terima kasih diucapkan kepada Encik Arymin kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Orang lelaki ni kalau pandai masak, memang pandai sungguh. Jadi apa tunggu lagi, jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 15 ekor Udang Galah
  • 1/2Biji Bawang Merah (dipotong wedges)
  • 1 batang Serai (diketuk)
  • 3 ulas Bawang Putih (dihiris)
  • 1cm Halia (dihiris)
  • 2 helai daun limau purut (dikoyak)
  • 1/2batang Carrot (dihiris)
  • 1 sudu makan Cili boh
  • 1 sudu makan Thai Chili Paste Maepranom
  • 2 sudu Sos Ikan
  • 3 sudu makan Cili Sos
  • 3 biji Cili Padi (boleh lebihkan kalau suka pedas)
  • Daun Ketumbar
  • Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya
  • Air secukupnya

CARA PENYEDIAAN UDANG GALAH MASAK PAPRIK :

▶️ Udang galah perlu dicuci bersih terlebih dahulu. Yang ni udang galah saiz sederhana ye.

▶️ Masukkan sedikit minyak dan tumis cili boh, serai, halia dan bawang putih.

▶️ Masukkan daun limau purut dan pes cili thai.

▶️ Masukkan pula sedikit air, bawang merah, carrot, dan cili padi.

▶️ Kemudian, masukkan sos ikan.

▶️ Masukkan udang galah dan gaul rata.

▶️ Masukkan sos cili dan bahan perasa secukupnya.

▶️ Last sekali taburkan daun ketumbar. Biarkan seketika dan tutup api.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Pepero Popia Almond Stick Yang Rangup Dan Sedap. Pastinya Menjadi Kesukaan Anak-Anak!

 

Dah siap pun lauk makan malam yang paling special ni. Udang galah ni boleh tahan mahal juga harganya. Sekali sekala nak makan tu bolehlah. Kena cuba resepi udang galah masak paprik ni, gerenti puas hati dengan hasilnya!

Resepi ini tak menggunakan banyak sayur-sayuran. Tapi kalau nak tambah pun boleh sangat ye. Sebab kalau nak makan masak paprik kat kedai siam pun, memang akan dicampurkan dengan pelbagai sayuran.

Resepi masak paprik ini juga boleh dimasak kering dan juga berkuah. Terpulang ikut selera masing-masing. Semoga resepi udang galah masak paprik yang super sedap ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open