Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Ayam Yang Mudah Dan Gerenti Sedap. Rasa Sekali Mesti Nak Lagi!
Resepi nasi ayam sangat ramai penggemarnya. Tak kiralah hari-hari biasa atau hari istimewa, nasi ayam ini boleh dihidangkan pada bila-bila masa sahaja. Hidangan ini juga sesuai untuk semua peringkat umur Anak-anak, dewasa dan golongan tua.
Ada juga usahawan yang telah berjaya dengan menjual nasi ayam. Terbukti nasi ayam ini sangat-sangat disukai ramai. Resepi ini memerlukan beberapa menu ringkas untuk melengkapkan lagi hidangannya.
Ayam perlu direbus terlebih dahulu sebelum diperap dengan kicap. Kemudiannya, digoreng garing sebelum dihidang dengan menu ringkas yang lain. Air rebusan ayam pula akan digunakan untuk memasak nasi. Bukan Masak Nasi macam biasa ye.
Untuk melengkapkan lagi hidangan nasi ayam ini, sambal air lada, kuah kicap, sup ayam, dan juga salad sangat-sangat diperlukan. Anda wajib cuba resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nur Mahirah ini. Pasti anak-anak pun suka.
Terima kasih diucapkan buat beliau kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook. Kepada para ibu, anda semua kena standby siap-siap resepi nasi ayam ni. Boleh guna bila-bila masa anak-anak nak atau ada majlis dirumah anda.
RESEPI NASI AYAM
Walaupun tak sama dengan nasi ayam chicken rice shop, tapi anda boleh cuba dulu. manalah tahu anda terjatuh cinta dengan resepi simple ni. boleh buat lagi! Jom kita lihat langkah-langkah penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan rebusan ayam :
- Ayam
- Halia
- Bawang putih
Bahan untuk nasi ayam :
- 5 Cawan beras
- Air rebusan ayam
- Minyak
- Marjerin
- Daun pandan
- Kulit kayu manis
- Buah pelaga
- Garam
Bahan kisar untuk nasi ayam :
- Bawang besar
- Bawang putih
- Halia
Bahan perapan ayam goreng :
- Ayam yang direbus
- Kicap
- Sos tiram
Bahan untuk sup ayam :
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Sup bunjut
- Air
- Isi ayam, kaki ayam atau sebagainya
- Kiub pati ayam
- Garam
- Ajinomoto
- Daun sup
Bahan untuk sambal air lada :
- 3 biji tomato
- 3 biji bawang putih
- 10-15 biji cili hijau dan merah
- Soscili
- Sos tomato
- Cuka
- Gula
- Garam
- Ajinomoto secukup rasa
Bahan untuk kuah kicap :
- Kuah kicap perapan ayam di atas
- Kicap manis
- Sedikit garam
- Air rebusan ayam
Bahan lain :
- Salad
- Timun (dihiris)
- Tomato (dihiris)
CARA PENYEDIAAN NASI AYAM :
Cara penyediaan ayam rebus :
▶️ Rebus ayam bersama halia dan bawang putih. Siap rebus, jangan buang airnya.
Cara penyediaan nasi ayam :
▶️ Sementara tu basuh beras macam biasa.
▶️ Tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama sedikit minyak dan 3-4 sudu margerin.
▶️ Kemudian, masukkan daun pandan, kulit kayu manis, buah pelaga, tumis hingga naik bau.
▶️ Letakkam secubit garam. Masukkan air rebusan ayam tadi dan letak semuanya kedalam beras yang dah dibasuh tadi. Sukat macam nak masak nasi.
▶️ Seterusnya, masak nasi dalam rice cooker.
Cara penyediaan ayam goreng :
▶️ Ayam yang dah direbus tadi diperap dengan kicap dan sedikit sos tiram.
▶️ Kemudian, goreng dan ketepikan.
Cara penyediaan sup nasi ayam :
▶️ Tumis bawang merah, bawang putih dan halia dan sup bunjut.
▶️ Letak air, boleh letak isi ayam sikit, kaki ayam atau sebagainya.
▶️ Untuk lebih perasa boleh letak kiub pati ayam.
▶️ Perasakan dengan garam dan ajinomoto secukupnya. Taburkan daun sup.
Cara penyediaan sambal air lada :
▶️ Blend je semua bahan untuk sambal air lada.
▶️ Kemudian, letak sos cili, sos tomato, cuka, gula, garam dan ajinomoto secukup rasa.
Cara penyediaan kuah kicap :
▶️ Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.
BACA JUGA: Cara Mudah Buat Colek Pedas Yang Simple Dan Padu. Sedap Sangat Bila Colek Dengan Cekodok!
Siap untuk dihidang. Hidangkan semua menu yang siap dimasak tadi. Hidangkan juga dengan salad, tomato dan timun. Rebusan ayam yang mula-mula dibuat tadi banyak kegunaannya terutamanya untuk masak nasi dan buat kuah kicap.
Sesetengah orang lebih suka nasi ayam yang dicurah banyak sup ayam. Tapi, lebih baik asingkan dan tuang sedikit demi sedikit kedalam nasi. Bila dituangkan sambal air lada dan kuah kicap terus terasa nikmat nasi ayam tu. Dan boleh menambah dibuatnya.
Lepas ni tak perlu beli nasi ayam diluar lagi. Masak sendiri secara homemade lebih puas hati dan terjamin kebersihannya. Semoga resepi nasi ayam ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!