Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Aneka Resepi Udang Yang Menyelerakan. Sedap Hingga Menjilat Jari!
Ruginya siapa yang tak makan udang. Rasa dia yang manis, isi yang segar memang boleh buat kita rasa terawangan-awangan bila dimakan.
Tapi bagi yang ada allergi jangan makan tau. Risau gatal-gatal dan bengkak satu badan jadinya. Untuk yang mana sedang mencari resepi udang ni, boleh lah cuba tengok beberapa resepi yang saya kongsikan di bawah ni.
UDANG MASAK LEMAK CILI PADI
Masakan orang Nogori ni memang tak sah kalau tiada dalam senarai. Sudah pastinya lauk kegemaran ramai ni manedapat tempat dengan rasa lemak dan pedas-pedas cili apinya.
Campuran kacang Panjang dan nenas memang satu kombinasi yang terbaik untuk mendapatkan hasil rasa yang mengancam.
RESEPI UDANG MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 400 gram udang
- ½ biji nenas
- Kacang panjang ikut la nak buh banyak mana
- Segenggam cili padi ( taknak pedas buh sikit ja)
- kunyit hidup (sebesar ibu jari )
- 2 batang serai
- Sehelai daun kunyit (carik-carikkan)
- 1 biji kelapa atau 1 ½ kotak santan
- 2 cawan air suam / klu pakai kelapa parut tak payah buh air
- 1 ½ sudu kecil garam
CARA PENYEDIAAN UDANG MASAK LEMAK CILI PADI :
▶ Tumbuk lumat kunyit hidup dan cili padi. Ketuk hancur serai. Masukkan nenas dan bahan yang ditumbuk ke dalam periuk.
▶ Hidupkan api, kecutkan nenas seketika. Bila nenas sudah mengecut, air akan keluar dari buah nenas. Masukkan udang.
▶ Tuangkan santan dan air suam. Taburkan garam, daun kunyit serta serai dan kacang panjang
▶ Kecilkan sedikit api, biarkan mendidih. Jangan sampai santan pecah. Perasakan secukupnya. Siap!
Kredit Resepi: tengku roselyza raja muhammad
SAMBAL UDANG PETAI
Fuuh! Sambal udang petai ni tiada siapa berani menolak kalau dijamu. Bau dia dari jauh pun boleh buat kita tak sabar nak makan nasi.
Rasa manis udang ni, bila dengan sambal ni sedap bila dimakan dengan nasi putih. Dan salah satu lauk yang sesuai dimakan bersama dengan lauk ni, adalah sayur masak lemak putih.
RESEPI SAMBAL UDANG PETAI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- ½ kg udang
- Petai ( 3 papan @ ikut suka)
- ½ biji bawang besar (dihiris untuk tumis)
- 1 ½ sudu cili sos
- 1 sudu sos tiram
- Garam secukup rasa
Bahan blend :
- 8 biji bawang kecik
- 10 ulas bawang putih
- Segenggam cili Kering
CARA PENYEDIAAN SAMBAL UDANG PETAI :
▶ Goreng sebentar petai dalam 3 hingga 5 saat
▶ Tumis bawang besar yang dihiris
▶ Kemudian, masukkan bahan blend tadi dan kacau sehingga naik minyak.
▶ Masukkan ½ cawan air
▶ Masukkan 1½ sudu cili sos, dan 1 sudu sos tiram
▶ Masukkan sedikit air
▶ Masukkan udang dan kacau rata
▶ Masukkan air sedikit lagi
▶ Masukkan petai dan gaul sebati
▶ Masukkan garam secukup rasa
Yeaaay ready untuk dihidang!
Kredit Resepi : Port Resepi
UDANG BAKAR CHEESE
Siapa yang sukakan cheese, pasti akan terliur dengan masakan yang satu ini. Sudahlah udangnya dibakar, ditambah pula denga nada cheese sebagai penambah rasa.
Lauk begini biasanya boleh dapat di atas meja pengantin je tau. Ataupun di hotel berbintang-bintang. Sekarang ni, dekat dapur kita pun boleh dapat. Resepi semua dah ada.
RESEPI UDANG BAKAR CHEESE
Bahan-bahan yang digunakan adalah:
- 600 gram udang harimau
- 280 gram keju
- 100 gram mentega
- 50 gram bawang putih – dicincang halus
- 10 gram garam
- 10 gram serbuk perasa
- 20 gram gula
- 50 gram susu cair
CARA PENYEDIAAN UDANG BAKAR CHEESE :
▶ Belah dua udang harimau.
▶ Perapkan dengan bawang putih, garam, serbuk perasa dan gula. Biarkan kira-kira 15 minit.
▶ Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang. Diikuti dengan susu cair.
▶ Susun udang atas dulang yang disapu mentega.
▶ Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana kira-kira 10 minit.
▶ Siap, dan sedia dihidang!
UDANG GORENG BEREMPAH
Bila dah siap masak je, harum semerbak bau rempah menusuk hidung. Nasi panas dah siap, makan dengan lauk ni je pun dah cukup! Boleh buat kita bertambah tau.
Udang pastikan yang betul -betul segar barulah dapat rasa fresh isi udang tu nanti.
RESEPI UDANG GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 10 ekor udang galah
- ½ biji bawang merah/besar- di potong bulat
- 2 cm halia – di mayang
- 5 helai daun kari
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil serbuk kari
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 1 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 sudu kecil jintan manis
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN UDANG GORENG BEREMPAH :
▶ Bersihkan udang, toskan dan keringkan airnya. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
▶ Setelah itu masukkan garam secukup rasa
▶ Gaul sebati udang dan perap seketika. Perap lama sikit lagi sedap. Masukkan dalam peti ais.
▶ Panaskan minyak, tumis halia mayang sehingga naik baunya dan masukkan udang dan daun kari
▶ Akhir sekali, masukkan bawang merah dan biarkan sehingga layu.
▶ Sedia untuk di hidangkan.
UDANG GORENG BUTTER DAN TELUR MASIN
Viral dah sekarang ni apa-apa lauk pun nak masukkan perasa telur masin. Sedap katanya. Boleh lah cuba untuk yang baru nak try.
Kalau goreng butter memang menjilat kari, tapi mungkin lebih sedap bila tambah rasa telur masin ni. Macam mana resepinya, jom kita tengok caranya.
RESEPI UDANG GORENG BUTTER DAN TELUR MASIN
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 500 gm udang
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- Minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih – di cincang
- 15 biji cili padi ~ dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin ~ direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung
CARA PENYEDIAAN UDANG GORENG BUTTER DAN TELUR MASIN :
▶ Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
▶ Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
▶ Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
▶ Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
▶ Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
Kredit : Azie Kitchen
UDANG KAM HEONG
Sebelum ni pernah dengar ayam je masak kam heong. Rupanya udang pun boleh lah! Kam heong ni memang sedap rasanya dapat makan dengan nasi putih. Dihidangkan pula dengan ulaman timun dan sambal belacan.
RESEPI UDANG KAM HEONG
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 500 gram ekor udang segar saiz besar
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- ½ inci halia (dihiris nipis)
- 4 biji cili padi (dipotong kecil)
- 2 biji cili besar merah (dipotong)
- 2 sudu besar udang kering (dicincang kecil)
- 1 sudu rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
- 2 sudu besar sos tiram
- 5 helai daun kari
- Gula dan garam
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN UDANG KAM HEONG :
▶ Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama bawang besar dan halia, cili padi dan cili besar.
▶ Apabila naik bau wangi, masukkan udang kering dan goreng seketika.
▶ Kemudian, masukkan pes kari dan sos tiram, udang kering dan daun kari, perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
▶ Goreng sehingga udang masak dan sedia untuk dihidangkan
UDANG GORENG KUNYIT
Udang goreng kunyit ni merupakan resepi paling simple yang kita boleh buat. Menu ni kalau kita kelam kabut atau nak cepat, memang sesuai lah untuk kita buat sebagai hidangan.
Kalau golongan bujang, dapat makan lauk ni dengan sambal belacan pun dah cukup dah. Buat lebih sikit, setel untuk makan tengah hari dan malam.
RESEPI UDANG GORENG KUNYIT
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 10 ekor udang sederhana besar
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji cili padi
- 1 biji cili merah – hiasan
- 1 ulas bawang besar – potong nipis
- 1 sudu makan sos tiram
- daun bawang – hiasan
- garam, gula
- sedikit serbuk kunyit
- minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN UDANG GORENG KUNYIT :
▶ Udang dibersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit, ketepikan.
▶ Bawang putih dan cili padi ditumbuk kasar dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga naik bau.
▶ Masukkan bawang besar dan biarkan seketika.
▶ Masukkan udang tadi dan goreng sehingga masak.
▶ Masukkan sos tiram dan kacau.
▶ Perasakan secukupnya dengan garam dan gula.
▶ Masukkan cili merah dan daun bawang yang telah dipotong
▶ Sedia untuk dimakan bersama nasi panas.
Kredit resepi : iresepi
BACA JUGA: Aneka Resepi Sayur Simple Dan Mudah. Pelengkap Makanan Yang Wajib Ada Dalam Setiap Hidangan!
UDANG SWEET SOUR
Selain ikan siakap masak sweet sour, udang pun layanzz tau bila buat masak ni. Rasa dia memang perfect jika dihidangkan dengan lauk sayur kalian ikan masin atau kangkung belacan.
RESEPI UDANG SWEET SOUR
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 500 g udang galah
- 1 biji bawang besar – dipotong bulat
- 1 potong nenas -dipotong dadu
- 1 biji tomato -dibelah 4
- 1 biji cili hijau dan merah – di potong menyerong
- 2 ulas bawang putih – dihiris
- 3 ulas bawang putih -dihiris
- 2 sudu besar cili kisar
- 2 sudu besar sos cili
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- ½ cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- Hirisan daun sup
CARA PENYEDIAAN UDANG SWEET SOUR :
▶ Udang dibuang kotoran dikepala, cuci bersih, gaul kunyit dan sedikit garam, goreng hingga kemerahan, angkat dan toskan.
▶ Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing, masukkan sos cili , sos tomato, sos tiram, garam dan juga gula. Gaul rata.
▶ Tuang air dan masak hingga mendidih.
▶ Masukkan udang , bawang besar, cili merah, nenas dan tomato. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh dialihkan ke dalam bekas sesuai. Hias dengan hirisan daun sup sebelum dihidangkan
Kredit resepi : Che nom
UDANG MASAK SOS TIRAM
Waah tengok pada gambar resepi udang masak sos tiram ni memang nampak berselera je kan. Bila kita lihat pada bahan-bahan yang digunakan, nampak macam mudah je nak buat.
Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita tengok cara nak buat. Boleh lah buat hidangan untuk makan tengah hari nanti.
RESEPI UDANG MASAK SOS TIRAM
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1kg udang segar
- bawang putih 6 ulas *
- halia 2 inci*
- cili padi/cili besar (potong)
- sos tiram 4 atau 5 sudu besar
- sos cili 2 sudu besar n perasa. xperlu garam kerana udang dah sedia digaul dgn garam kunyit. Nanti terlebih masin sebab sos tiram pun dah masin.
CARA PENYEDIAAN UDANG MASAK SOS TIRAM :
▶ Udang yang dah dibersihkan, digaul dengan garam dan kunyit then goreng garing. toskan.
▶ Tumis bawang putih dan halia yang dikisar bersama hingga wangi, masukkan sos tiram dan sos tomato.
▶ Masukkan udang, dan cili. gaul biar sekata.
▶ Masukkan kacang panjang/jagung muda/carrot, tumiskan hingga agak pekat .
▶ Siap untuk dihidang!
selamat mencuba
Kredit resepi : Resepi Ummi
UDANG BUKHARRY MASALA
Nama ala-ala arab, udang masak masala ni sedapnya tak tertahan. Biasanya nak dapat udang masak bukharry masala ni, kedai mamak atau waktu nak makan besar.
Sekarang ni, kita dah boleh masak sendiri sebab resepi semua dah ada. Bolehlah masak untuk buat hidangan satu keluarga.
RESEPI UDANG BUKHARRY MUSALA
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 kg udang
- 5 ulas bawang merah (kisar)
- 5 tangkai cili hijau (hiris)
- 2 biji tomato (potong halus)
- 2 tangkai daun kari
- 1 sudu kecil bawang putih (kisar)
- 1 sudu kecil halia (kisar)
- 1 sudu besar lada putih
- 1 sudu besar jintan putih
- 1 sudu besar jintan manis
- ½ sudu besar serbuk kunyit
- 10 biji gajus (kisar) (optional)
- 50 gm santan
- 50 ml minyak
- 750 ml air
- Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN UDANG BUKHARRY MASALA :
▶ Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, daun kari, bawang putih
dan halia sehingga naik bau.
▶ Kemudian masukkan lada putih, jintan manis, jintan putih dan serbuk kunyit.
Kacau rata seketika dan masukkan air.
▶ Renehkan di atas api sederhana sehingga air mendidih.
▶ Setelah itu, barulah masukkan udang bersama tomato, gajus, cili hijau dan
cili merah.
▶ Apabila air kering sedikit, masukkan pula santan dan garam secukup rasa.
Biarkan di atas api sederhana sehingga udang masak barulah angkat dan
hidangkan.
Kredit resepi : Anissa Ismail
Fuhh! Best-best semua resepi udang yang dikongsikan ni kan? Udang dah ada, memang tinggal pilih je nak buat resepi yang mana.
Kalau yang baru nak belajar masak udang ni, pilih je salah satu resepi di atas ni dan sajikan kepada keluarga. Pasti akan jatuh cintaa!
Selamat mencuba tau.