Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cuba Dulu Baru Tahu. Resepi mee kantonis yang mudah dan sedap. Pasti Menyelerakan!

0 4,228

Mee kantonis juga dikenali sebagai mee kungfu atau nama lain lagi mee hongkong. Masakan Kantonis ini berasal dari wilayah Guangdong (Kanton) di selatan China. Mee merupakan sebahagian yang penting dalam kebanyakan masakan Cina. Di china mereka lebih memilih untuk memasak mee berbanding dengen nasi.

Di sabah pula mee jenis ini di panggil mee basah. Tapi disemenanjung pula ia dikenali sebagai mee kantonis. Cara penyediaannya lebih kurang sama. Begitu juga tekstur resepi ini, hampir seratus peratus sama. Selain menggunakan mee anda juga boleh menggunaka yee mee ataupun kuey teow.

Merujuk kepada penyediaan mee kantonis ini, mee akan digoreng terlebih dahulu, kemudian disajikan dalam kuah asas telur pekat dan sos putih jagung. Ianya dimasak dengan isi ayam ataupun seafood serta sayur-sayuran hijau. Cukup menyelerakan!

Resepi mee kantonis yang mudah dan sedap ini dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Ana Rohana. Bagi mereka yang gemar masakan yang berkuah untuk berbuka puasa, anda bolehlah cuba resepi ini. Confirm puas hati!

Mee ini sedap sangat dimakan panas-panas. Apatah lagi bila kuahnya di cecah dengan serbuk cili kering atau pun limau, boleh juga ditaburkan blackpaper. Ikut cita rasa masing-masing.

 

RESEPI MEE KANTONIS

Resepi ini juga sesuai dimakan waktu cuaca tengah sejuk, sebab dia mampu memanaskan badan kita. Hujan-hujan buat mee ni memang syok lah. Kepada sesiapa yang mahu mencuba resepi ini bolehlah follow langkah-langkah penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A: Mee Goreng
  • 1/2 kg mee( ak mee teow pun boleh)
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar kicap pekat

Bahan B: Kuah
  • 4 ulas bawang putih(hentakkan sahaja)
  • Sedikit halia dihiris halus
  • 1 liter air
  • 2 batang cili merah (dibelah dua)nak pedas bole tmbah cili
  • 1 ekor sotong & 4 ekor udang
  • 1 pcs dada ayam dihiris
  • 1 keping tahu,sawi ,tomato, jagung & fishball
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 5 susu kecil penuh tepung jagung(bancuh dgan sedikit air)
  • 1 biji telur (godak-godak manja)
  • Garam (secukup rasa)

CARA PENYEDIAAN MEE KANTONIS :

▶️ Panaskan minyak, masak mee sekejap (mee + kicap) sehinggan kicap rata keseluruh mee. Kemudian angkat dan ketepikan.

▶️ Tumis bawang putih dan halia hingga perang.

▶️ Masukan hirisan ayam dan tumis sekejap.

▶️ Masukkan 1 liter air.  Apabila air mendidih, masukkan sos tiram dan sos ikan.

▶️ Masukan sotong, udang dan jagung.

▶️ Setelah mendidih, masukkan kesemua sayur dan cili. Biarkan ia mendidih.

▶️ Semasa mendidih, tuangkan bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih sekejap dan memekat.

▶️ Tutup api, baru tuangkan telur. Biarkan sekejap baru kacau telur.

▶️ Akhir sekali, tambahkan sedikit garam dan sebatikan.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Goreng Simple Tapi Rasanya Cukup Padu. Anda Wajib Cuba!

 

Siap untuk dihidang! Sayur dan seafood boleh diubah mengikut kesukaan masing-masing. Perlu di ingatkan untuk mendapat tekstur kuah yang cantik, api perlu ditutup dahulu sebelum masukkan telur.

Nampak menarikkan resepi ni. Selalu nak makan order kat kedai je barulah dapat makan. Kali ni dah boleh buat sendiri dirumah. Tak susah mana pun. Cuma perlu penyediaan bahan yang banyak.

Rasanya lebih sedap dimakan bersama perahan limau. Rasa masam pedas yang boleh buat anda pasti terliur, mesti sedapkan. Semoga resepi mee kentonis ini bermanfaat kepada kita semua. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open