Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Yee Mee Sizzling Yang Sedap Dan Rasa Macam Foodcourt. Wajib Cuba Tau!

0 2,001

Kalau terasa nak makan yee mee sizzling, biasanya kita akan ke foodcourt dekat mall kan. Sedaapnya kalau dapat makan. Sizzling ni makan panas-panas memang sedap. Tapi hati-hati risau melecur lidah pulak.

Tapi sekarang ni nak keluar ke mall semata-mata nak makan sizzling ni rasa macam tak berbaloi pula kan. Lebih baik buat sendiri sebab resepi yee mee sizzling dari Zulfa Za ni memang sedap dan menjadi.

Kalau korang belum pernah rasa, jom kita buat sama-sama. Buat untuk makan malam menggantikan nasi. Silap-silap anak mintak repeat.

 

RESEPI YEE MEE SIZZLING

Bahan-bahan yang digunakan adalah (Untuk 3 orang) :

  • 3 gulung yee mee
  • 5 ulas bawang putih – dicincang halus
  • ½ inci halia – dicincang halus
  • Ayam – dipotong kecil
  • 6 kuntum cendawan shitake kering – direndam hingga lembut dan dipotong 4
  • 4 biji cili kering – dipotong-potong
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 6 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam (boleh kurangkan ikut citarasa)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 2 sudu besar tepung jagung + secawan air
  • Minyak untuk menumis
  • 4 cawan air

CARA PENYEDIAAN YEE MEE SIZZLING :

▶ Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga naik bau.

▶ Masukkan ayam. Tumis hingga ayam masak.

▶ Masukkan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).

▶ Masukkan sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam.

▶ Biarkan merenih seketika dan akhir sekali cendawan. Biarkan 2 – 3 minit.

▶ Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kacau hingga kuah pekat.

BACA JUGA: Cara Masak Nasi Ayam Thai Sedap Dan Mudah. Baru Je Buat Sekali Tak Sangka Semua Suka!

▶ Kemudian masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.

▶ Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali.

▶ Masukkan 1 gulung yee mee. Biarkan mee lembut sedikit.

▶ Masukkan sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah.

▶ Biarkan seketika hingga telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Selamat mencuba…

** Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat drp besi… Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat tu, janganlah dibuang, tapi cuci bersih2 sehingga hilang semua karatnya…

** Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yg kering…

Senang je kan nak buat sizzling ni. Sekali dah buat, senang lepas ni nak buat. Sebab confirm menjadi dan rasa dia memang marvellous!

 

RESEPI LAIN: Asam Laksa Mudah Dan Sedap | Resepi Simple | Wajib Cuba

RESEPI LAIN: Mee Rebus Daging l Pekat & Sedap

RESEPI LAIN: MEE GORENG BASAH SEAFOOD l SPECIAL | SEDAP DAN SIMPLE

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open