Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resipi Omeloat Sedap Kenyang Sampai Ke Petang. Nak Diet Anda Wajib Mencubanya!

0 2,036

Omeloat merupakan resepi yang menggunakan telur dan juga oat. Gabungan kedua bahan ini menyebabkan resepi ini di panggil sebagai “omeloat”. Ia merupakan menu sarapan pagi yang seimbang. Ianya juga merupakan resepi yang biasa di makan oleh orang yang telah mengamalkan diet.

Telur dadar pula merupakan menu yang popular untuk sarapan pagi, kerana ianya mudah untuk dibuat, enak dan bernutrisi. Di sebabkan telur dadar terlalu mudah di buat, ianya telah di upgrade menjadi omelette.

Omelette adalah resepi yang lebih kurang dengan telur dadar. Tetapi ianya mempunyai tekstur yang lebih lembut dan empuk. Ia boleh dicampurkan dengan susu, keju dan juga nasi. Resepi ini juga sering kali dihidangkan di hotel-hotel sebagai menu sarapan pagi.

Resepi terbaru omeloat ini mampu mengenyangkan hingga ke petang. Penyediaannya juga amat mudah, ringkas dan pasti sangat sedap. Terima kasih diucapkan pada Cik Puan Iza Abu Bakar kerana sudih berkongsikan resepi yang sihat ini.

Sekarang dah masuk bulan ramadhan, nak masuk puasa ke tiga dah pun. Kalau rasa malas sangat nak masak sahur, bolehlah cuba resepi omeloat ini. Mudah sangat penyediaannya, cepat dan sudah pasti mengenyangkan anda.

 

RESEPI OMELOAT

Teksturnya sama seperti anda masak omelette. Jom follow cara penyediaanya. Nak diet boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 biji telur ayam
  • 5 sudu besar oat
  • Cendawan segar (dipotong kecil)
  • Sedikit lada sulah
  • 1 sudu kecil mentega
  • Sedikit cheddar cheese (sebagai pilihan)
  • Sedikit mayonis dan sos cili sebagai penambah seri

CARA PENYEDIAAN OMELOAT :

▶️ Masukkan air panas sedikit dalam oat untuk biarkan ia kembang.

▶️ Campur telur, cendawan dan lada sulah di dalam mangkuk. Kacau sebati.

▶️ Masukkan oat yang telah kembang tadi ke dalam mangkuk telur, kacau rata dan sebati.

▶️ Cairkan mentega di dalam pan grill dan tuangkan adunan tadi. Biarkan sehingga masak.

▶️ Taburkan sedikit cheddar cheese ke atas adunan tadi. Masak sebentar. Bila cheese dah cair tutup api.

▶️ Letakkan sedikit mayonis dan sos cili di atas omeloat tadi dan sedia untuk di makan.

 

BACA JUGA: Cuba Dulu Baru Tahu. Resepi mee kantonis yang mudah dan sedap. Pasti Menyelerakan!

 

Siap! Wah nampak agak menyelerakan. Rasa macam tengah makan pizza pula. Ditambah pula dengan topping sos dan juga mayonis. Sedapnya! Jadi sarapan pagi setiap hari pun bagus.

Oat yang ada dalam resepi ini mampu mengenyangkan kita. Oat amat baik untuk kesihatan kerana ia memiliki kandungan serat, protein, vitamin dan mineral yang lebih tinggi serta kaya dengan nutrisi.

Yang betul-betul rasa nak diet apa lagi bolehlah cuba resepi omeloat yang mudah, ringkas dan sedap ini. Semoga ianya bermanfaat kepada anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open