Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sambal Bilis Crispy Yang Mudah Dan Sedap. Buat Sendiri Lagi Puas Hati!
Daripada bazir duit beli sambal ikan bilis kat luar, baik korang buat sendiri kat rumah. Cara penyediaannya pun tak susah mana. Cuma perlukan sedikit kerajinan sahaja. Jom kita follow resepi sambal bilis crispy ni. Buat sendiri lagi puas hati!
Aku ni duk Sabah, setiap kali balik semenanjung ramai je yang kirim ikan bilis. Harga ikan bilis kat sana memang murah. Yang dia siap kopek boleh dapat harga RM18 sekilo je tau! Elok cantik je walaupun dah buang tulang.
Tu yang setiap kali aku balik semua member, jiran duk kirim berkilo-kilo. Harga kat sini mahal ye. Aku memang tak pernah sekali pun beli kat sini. Ikan bilis ni banyak kegunaannya dalam masakan. Lagi-lagi korang yang suka buat sambal.
Aku dah cari banyak resepi sambal bilis crispy kat Facebook. Finally, aku jumpa yang menarik yang dikongsikan oleh Cik Puan Ziela Mazlan. Sampai hari ni resepi ni dah dapat 5k share kat Facebook ye. Mesti dah ramai yang cuba kat rumah kan.
So, apa tunggu lagi. Korang yang suka makan sambal bilis crispy, save la resepi ni siap-siap. Boleh buat sendiri kat rumah. Lagi jimat dari order sebotol-sebotol kat luar. Nak buat banyak kat rumah pun takpe. Boleh buat stock untuk makan dengan telur dadar hujung bulan nanti.
RESEPI SAMBAL BILIS CRISPY
Resepi ni tak guna banyak bahan pun. And untuk korang yang tak suka pedas sangat. Make sure jangan salah ambil cili kering ye. Ambil yang tak kerinting tu je. Kalau cili kerinting tu memang pedas la jawabnya sambal bilis korang.
Bahan-bahan yang diperlukan :
- Ikan bilis goreng
- Kacang tanah goreng
- Bawang goreng
- Cili kering goreng (blend kering)
- Kiub ayam
- Garam dan gula
CARA PENYEDIAAN RESEPI SAMBAL BILIS CRISPY :
▶️ Pecahkan kiub ayam dalam minyak panas. Minyak tu agak-agak je banyaknya. Macam kite nak menyambal. Kacau sebati dengan api sederhana.
▶️ Masukkan cili kering goreng yang dah di kisar tadi. Boleh kisar guna chopper sahaja. Kacau sebati bersama dengan kiub ayam tadi.
▶️ Perasakan dengan garam dan gula. Pastikan cukup rasa ye.
▶️ Padam api dan biar sambal betul-betul sejuk baru masukkan ikan bilis goreng.
▶️ Kacang tanah goreng dan bawang goreng tadi pulak gaul sebati.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Telur Itik Masak Lemak Kuning. Makan Dengan Nasi Putih Panas-Panas Memang Terangkat Dibuatnya!
Rasa dia sama je dengan yang kita beli kat luar tu. Buat sendiri lagi puas makan. Nak buatnya pun tersangat-sangat lah mudah. Sekali buat, confirm korang akan buat lagi. Sambal rangup, garing dan krup krap krup krap masuk kat mulut.
Dah sejuk sikit korang boleh la letak sambal dalam bekas yang bertutup rapat. Make sure tak masuk angin ye. Takut nanti ikan bilis dan kacang jadi lemau. Spoil pulak mood nak makan nanti. Tutup rapat penutup lepas dah buka.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ziela Mazlan kerana sudi berkongsi resepi sambal bilis crispy yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!