Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Dessert Lemon Maringue Cheesecake. Rasa Masam-Masam, Confirm Tak Muak!

0 65

Dessert ni khas untuk sesiapa yang suka masam-masam. Ni dia resepi dessert lemon maringue cheesecake. Kek ni diperbuat dari buah lemon. Korang yang suka minum lemon boleh la try buat kek ni kat rumah. Makan banyak pun tak muak!

Bosan juga asyik makan kek manis. Tak kek coklat, kek red velvet. Memang dah muak la. Lepas jumpa kek ni kat Facebook terus aku rasa nak try sekali. Aku takde la reti sangat nak baking. Tapi rasanya kalau follow resepi ni mesti menjadi.

Setiap kali keluar makan, aku lebih suka order air yang berasaskan lemon. Tak lemon sejuk, lemon panas. Tak pun aku order la sunquick lemon tanpa gula. Rasa fresh je tekak bila minum sejuk-sejuk. Lagi masam lagi aku suka.

Sebab tu aku rasa resepi kek berasaskan lemon ni bakal jadi favourite kek aku. Jom kita try follow resepi lemon maringue cheesecake yang dikongsikan oleh Cik Puan Nor Atika Nazirah ni. Nak buat kek birthday untuk kesayangan korang pun boleh.

Kalau ikutkan resepi yang Cik Puan Nor Atika Nazirah nak buat ni, bahagian atas kek nak buat maringue. Lepastu bakar dengan torch. Tapi torch macam dah rosak tak boleh pakai. So, tuang lemon curd je, itu pun dah sedap sangat-sangat.

RESEPI LEMON MARINGUE CHEESECAKE

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan lemon maringue cheesecake ni. Resepi dah lengkap, follow sebijik-sebijik je mesti jadi!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan basic : 
  • 250g digestive biscuits
  • 11/2 tbsp sugar
  • 90g melted unsalted butter

 

Bahan filling :  
  • 600g cream cheese room temp (3x Philadelphia)
  • 200g sugar
  • 80g sour cream
  • 2 tbsp cornstarch lemon zest
  • 70g lemon juice
  • 1 tsp vanilla essence
  • 3 large eggs (room temp)

 

Bahan lemon curd : 
  • 80g lemon juice lemon zest
  • 100g sugar
  • 1 egg
  • 1 egg yolk (egg white can be used for meringue)
  • 50g cold butter

 

Bahan meringue : 
  • 90g/3 Egg whites
  • 180g sugar
  • 1/2 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp cream of tartar
  • 9 inch springform pan
  • 160c oven middle rack

CARA PENYEDIAAN LEMON MARINGUE CHEESECAKE : 

▶️ First sekali panaskan butter. Kemudian, tuang ke dalam biskut dan gula yang kita dah kisar halus tadi. Baked pulak selama 10 minit suhu 160c. Sejukkan dalam peti ais.

▶️ Untuk adunan cheese. First sekali mix cream cheese, gula, sour cream bersama esen vanilla. Pukul sehingga sebati. Kemudian, masuk telur dan juga perahan air lemon dan parutan lemon, Mix lagi sampai sebati. Siap! Lepas tu boleh tuang ke dalam loyang dengan base kita dah bakar tadi. Bakar secara waterbath selama 60 minit suhu 160c.

▶️ Untuk lemon curd. First sekali masukkan gula, telor, air perehan lemon, parutan lemon kedalam periuk. Kacau semua ni sampai pekat & likat. Letak setitik sahaja pewarna kuning untuk bagi warna dia cantik sikit. Lepas tu tutup api, masukkan butter. Kacau-kacau bagi sebati. Lepas tu terus tutup dengan wrap & sejukkan.

▶️ Untuk resepi maringue tu terpulang, kalau siapa ada torch boleh buat ye. Selepas cake dah masak. Sejukkan selama 4 jam. Dan boleh tuamg lemon curd diatas cheesecake tadi.

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Bilis Crispy Yang Mudah Dan Sedap. Buat Sendiri Lagi Puas Hati!

 

Dah siap pun kek kita. Masuk kek dałam peti dulu kalau nak makan sejuk-sejuk. Lalu kat tekak memang rasa fresh je tau. Kek ni tak muak makan macam kek-kek yang biasa kita makan. Yang tak suka manis, ni kek yang sesuai untuk korang.

Birthday aku dah lepas, tahun depan nak minta adik aku buat kek ni la. Kalau sayangkan kakak, apa salahnya kan. Kek ni nak buat dessert untuk makan-makan kat rumah pun sesuai. Mesti tetamu korang suka.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Atika Nazirah kerana sudi berkongsi resepi dessert lemon maringue cheesecake ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open