Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sambal Bawang Homemade Yang Simple Dan Padu. Simpan Luar Peti Seminggu Pun Tak Basi!
Wah! Nampak mudah je resepi sambal bawang homemade ni. Sekali pendang je pun dah buat tertarik. Ala-ala sambal balado gitu. Sesetengah orang memanggil sambal ni sebagai sambal bojak, juga sebagai sambal ayam penyet atau sambal jawa.
Memang sedap dimakan dengan nasi putih panas bersama telur dadar dan ikan goreng. Biasanya sambal bawang ni dijadikan penyedap makanan iaitu sebagai cicahan terutama untuk mereka yang sangat gemar dengan makanan yang pedas. Takde rasa pedas memang tak syok pulak nak makan kan.
Sambal ni nak buat banyak pun boleh sebab sambal ni tahan lama. Kalau letak seminggu diluar peti pun still boleh tahan lama. Buat sikit rasa rugi sebab mesti ada yang ketagih lepas sekali cuba sambal ni. Bejejer air liur dibuatnya. Memang tak tahan nengoknya.
Resepi sambal bawang homemade yang simple dan padu ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Cik Pooja. Dan hasil perkongsian beliau di facebook, resepi ini mendapat 3.9k share. Memang ramai yang teruja dan ingin mencuba resepi ni. Lebih-lebih lagi mereka si penggemar pedas.
Sekali pandang dah tau sambal ni memang padu. Makan dengan telur dadar waktu sahur nanti pun dah cukup. Siap boleh campur dengan nasi yang nak goreng lagi. Memang sedap sangat hasilnya.
RESEPI SAMBAL BAWANG HOMEMADE
Tiada sukatan khas untuk sambal bawang ni. Kalau nak lebih pedas boleh lebihkan kuantiti cili. Nak lagi mudah follow je sebijik-sebijik resepi ni. Cuma adjust masin manis sambal je. Lagi senang!
Bahan-bahan yang diperlukan :
- 3 labu bawang besar (kalau yang kecil-kecil letak dalam 5 labu dan dipotong kasar)
- 5 biji cili besar atau 2 biji tomato (Potong-potong)
- Segenggam cili kampung (warna hijau)
- 1/2 genggam cabai Vietnam (warna merah menyalah)
*Semua bahan dibasuh bersih dan digoreng
Bahan-bahan lain :
- 1 cawan minyak masak
- 1 ketul belacan (besar duit 5 kupang)
- + 1sb garam
- + 1sk ajinomoto
CARA PENYEDIAAN SAMBAL BAWANG HOMEMADE :
▶️ Goreng semua bahan dengan 1 cawan minyak masak. Nak letak minyak lebih pun takpe.
▶️ Goreng sampai bahan-bahan tadi jadi lebam.
▶️ Kemudian, bakar belacan atas api.
▶️ Dah siap goreng, masukkan semua bahan dalam bland termasuk minyak gorengan tadi.
▶️ Masukkan + 1sb garam
▶️ Kemudian, masukkan + 1sk ajinomoto (kalau tak suka boleh gantikkan dengan gula)
▶️ Cara bland pun ada tipsnya. Bland 2,3 kali je dan jangan halus sangat.
▶️ Selepas di bland, tuang dalam kuali dan masak sekejap. Kacau dalam 3-4 minit. Siap!
BACA JUGA : Resepi Kuih Bom Atau Cekodok Bom 4 Bahan Yang Lembut Dan Gebu. Makan Panas-Panas Waktu Petang Memang Sedap!
Sambal macam ni, boleh simpan dalam peti kalau nak tahan lebih lama. Bila nak makan keluarkan je dan simpan dalam suhu bilik sementara nak makan. Nak panaskan sebelum makan pun boleh.
Cik Puan Cik Pooja juga seorang yang sangat suka berkongsi resepi di group MAHN. Dan hasil perkongsian beliau di Facebook, ramai yang suka dań memberikaz komen-komen positif disamping ingin mencuba resepi yang beliau kongsikan.
Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Cik Pooja atas perkongsian resepi sambal bawang homemade ni. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!