Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuah Lemak Lontong Dan Sambal Ikan Bilis Paling Sedap. Licin Mangkuk Dibuatnya!
Resepi kuah lemak lontong dan sambal ikan bilis sangat popular menjelang hari raya. Memandangkan esok dah nak puasa, ada tak yang plan nak buat kuah lemak lontong dan sambal ikan bilis untuk berbuka nanti. Kalau ada, boleh sangat cuba resepi ni.
Seperti biasa kuah lemak lontong akan dihidang set sekali dengan sambal ikan bilis, telur rebus dan nasi impit. Di makan panas-panas memang sedap sangat. Tak cukup semangkuk lah dibuatnya.
Rasa tak lengkap kuah lemak lotong tanpa sambal ikan bilis. Tips sambal ikan bilis yang sedap mestilah dimasak semalaman lebih awal. Barulah rasanya padu bila dimakan dengan kuah lemak lontong.
Resepi kuah lemak lotong dan sambal ikan bilis ini telah dikongsikan oleh Cik Puan أختي اراني. Rugi sangat kalau tak cuba. Boleh save dulu resepi ni, esok-esok nak raya boleh lah guna resepi ni untuk hidangan istemewa di pagi raya.
Pastikan sebelum nak masak kuah lemak lotong dan sambal ikan bilis, nasi impit dan telur rebus dah siap dimasak dulu. Takde la nak kena tunggu lagi kalau dah semua bahan utama sap di masak kan. Terus boleh makan.
RESEPI KUAH LEMAK LONTONG DAN SAMBAL IKAN BILIS
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya. Sure memang ramai yang akan suka dengan resepi ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kuah lemak lontong :
- 1/4 biji kubis
- 1 batang carrot (dipotong panjang)
- 9 batang kacang panjang
- 1 ikat soo hoon
- 1 keping fucuk (dipotong panjang)
- 1 keping tempe (dipotong dadu dan goreng dahulu)
- 2 batang serai (diketuk)
- 1 cawan udang hidup
- 1/2 biji kelapa parut
- Garam gula secukup rasa
- Serbuk kunyit
Bahan kisar :
- 8 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci halia
- 2 sudu besar udang kering
Bahan-bahan sambal ikan bilis :
- 250 gram ikan bilis
- 1 kg minyak masak (diguna separuh dan ditambah sedikit sedikit)
- 160 gram cili kering (direbus dan kisar)
- 1-2 keping gula Melaka
- Gula secukupnya
- Garam
- 2 keping asam keping atau secukup rasa
- 1 kiub pati ikan bilis
- Sedikit aji no moto (jika suka)
- 2 helai daun pandan
- 2 biji bawang besar Holland (dihiris)
Bahan kisar :
- 1 kg bawang merah
- 100 gram/15 ulas bawang putih (optional)
CARA PENYEDIAAN KUAH LEMAK LONTONG DAN SAMBAL IKAN BILIS :
Cara penyediaan kuah lemak lontong :
▶️ Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
▶️ Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
▶️ Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
▶️ Masukkan kunyit sampai warna nampak cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yang digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je.
▶️ Last sekali, masukkan gula dan garam secukup rasa. Siap!
Cara penyediaan sambal ikan bilis :
▶️ Panaskan minyak yang agak banyak sesuai dengan bahan yang hendak ditumis.
▶️ Tipsnya mesti tumis sampai bawang yang dikisar hingga betul betul masak. Bila bawang masak, ia akan memberi bau wangi.
▶️ Masukkan ikan bilis sekali dengan bawang supaya sebati.
▶️ Boleh masukkan asam keping ketika ini, supaya rasanya lebih sebati dan lagi power.
▶️ Kemudian, masukkan daun pandan.
▶️ Masukkan cili kisar. Jika tidak cukup minyak, boleh tambah. Jika minyak cukup, sambal akan menggelegak. Biarkan sambal menggelegak sambil dikacau. Cili tak perlu dimasak lama sangat.
▶️ Masukkan gula Melaka. Kacau lagi hingga ianya betul-betul masak.
▶️ Masukkan kiub ikan bilis dan garam. Kacau lagi.
▶️ Masukkan bawang besar Holland yang dihiris dan serbuk perasa.
▶️ Bila kuah telah pekat, boleh tambahkan sedikit air. Masukkan sedikit gula pasir dan sesuaikan rasa. Tambahkan apa apa rasa yang kurang.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Sambal Bawang Homemade Yang Simple Dan Padu. Simpan Luar Peti Seminggu Pun Tak Basi!
Dah boleh masukkan nasi impit, telur rebus dalam mangkuk. Barulah tuangkan kuah lontong dan perasakan dengan sambal ikan bilis. Fuh! Memang tak cukup semangkuk dibuatnya.
Banyak lagi resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan أختي اراني di laman facebooknya. Dan hasil perkongsian beliau di Facebook, ramai yang memberi komen positif dan ingin share resepi yang beliau kongsikan.
Ribuan terima kasih diucapkan buat Cik Puan أختي اراني kerana sudi berkongsi resepi kuah lemak lontong dan sambal ikan bilis ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!