Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Pizza Roti Gardenia Yang Mewah. Sedap Dan Lembut Rasanya. Rugi Tak Cuba!
Pizza roti gardenia? Sedap ke? Resepi pizza roti gardenia ni sangat popular zaman sekarang. Kebanyakkan orang yang nak makan pizza tak lagi beli dikedai, mereka lebih memilih untuk mencubanya dirumah dengan merujuk resepi diblog dan di youtube.
Resepi pizza roti gardenia ni tak perlu pun nak guna bahan adunan pizza. Sangat senang dan sedap. Walaupun menggunakan roti gardenia ianya tetap sedap dan rasanya sangat mewah.
Anda juga boleh memilih pelbagai jenis topping mengikut selera masing-masing. Boleh buat lebih special dari pizza diluar sana. Lebih menarik lagi, jika anda tidak mempunyai oven di rumah, anda masih boleh mencubanya, kerana ia tetap boleh dibakar di atas dapur gas.
Terima kasih kepad Cik Puan Miz’s Shaliza kerana sudi berkongsi resepi pizza roti gardenia yang sedap dan mewah ini. Mesti ramai ibu-ibu yang suka dengan adanya resepi pizza seperti ini kerana ianya lebih menjimatkan.
Anda memang wajib mencuba resepi ini dirumah. Anak-anak anda juga pasti menyukainya. Dan jika dirumah anda, ada roti gardenia yang banyak dan hampir-hampir expired bolehlah gunakan untuk buat resepi ini. Tak adalah membazir.
RESEPI PIZZA ROTI GARDENIA
Ini dia resepi mudah pizza yang menggunakan roti gardenia sahaja. Jom follow langkah-langkah penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Roti gardenia (dipotong kecil)
- Telur
- Cheese slice (dicarik kecil)
- Sosej (dipotong ikut kesesuaian)
- Crab stick (dipotong ikut kesesuaian)
- Cendawan butang
- Cili (dihiris)
- Sos prego
- Sos cili
- Sos thousand island
- Mayonis
CARA PENYEDIAAN PIZZA ROTI GARDENIA :
▶️ Potong roti dan gaulkan dgn telur.
▶️ Sapukan kuali dengan sedikit butter (sebaiknya gunakan kuali non-stick yang ada penutup).
▶️ Masukkan roti celup telur tadi dalam kuali, untuk dijadikan separuh masak terlebih dahulu sebelum dibakar. Tekan roti bagi rata dan buka api kecil.
▶️ Sapukan pizza base dengan sos prego atau apa-apa sos yang anda suka.
▶️ Taburkan cheese slice, sosej, crab stik, cendawan butang dan cili di atas base pizza roti gardenia untuk dijadikan topping.
▶️ Sebelum dibakar. Picitkan mayonis, sos cili dan sos thousand island.
▶️ Akhir sekali, bakar pada suhu 150°c selama 10minit menggunakan oven atau ikut suhu oven masing-masing.
BACA JUGA: Cara Buat Gulai Ayam Mek Kelate Yang Terlajak Sedap. Rasa Asli Gulai Kelantan. Confirm Puas Hati!
Siap! Masakkan pizza yang sempurna adalah apabila topping kelihatan masak dan cheese mencair. Kalau nak bakar guna dapur gas pun boleh tutupkan dengan tudung periuk dan bakar dengan api yang perlahan.
Senangkan cara buat pizza homemade ni. Boleh dijadikan menu sarapan pagi anak-anak sebelum kesekolah. Selain itu boleh dijadikan kudapan hujung minggu.
Semoga resepi pizza roti gardenia ni memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!