Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kerepek Peria Homemade Yang Crispy Dan Tahan Lama. Kriuk Kriuk Je Bila Makan Nanti!
Siapa pernah beli kerepek peria kat pasar malam? Rasanya kerepek ni pun ada dijual secara online. Apa kata lepas ni, kita buat je kerepek peria homemade. Lagi Jimat! Nak buat stok kat rumah pun boleh. Kerepek ni pun tahan lama tau!
Resepi ini pernah viral disebabkan keenakannya. Teksturnya pun rangup dan rasanya pula tak pahit dan sedikit spicy. Rupanya sayur peria ni boleh dibuat kerepek yang sedap dengan menggunakan tepung je. Beli sebalang, sehari je boleh habis.
Sayur peria ini cukup terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, kalau kena dengan cara masanya, peria yang pahit tu boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang paling lazat. Resepi ini juga ada cara dan teknik untuk kurangkan rasa pahit pada peria.
Banyak juga khasiat peria ni pada tubuh badan kita. Senang kata yang pahit itulah yang menyihatkan. Antara khasiat peria ni adalah dapat mengawal gula dalam darah, menguatkan imunisasi badan, menajamkan mata dan macam-macam lagi.
Ada dua jenis peria iaitu peria panjang berwarna hijau muda dan peria katak. Resepi kerepek yang dikongsikan oleh Cik Puan Kay Catleyya ini akan menggunakan peria katak. 48k share hasil perkongsian beliau di Facebook. Ramai penggemarnya!
RESEPI KEREPEK PERIA HOMEMADE
Lepas dah tahu resepi ni, ramailah yang beli peria katak kat pasar kan. Rupanya mudah sangat nak buat kerepek ni. Dah boleh buat banyak-banyak kat rumah. Syok sangat layan kerepek ni sambil tengok citer Korea.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Peria katak (dihiris atau disagat)
- Garam
- Tepung bestari spicy
- Tepung bestari original
- Tepung jagung
CARA PENYEDIAAN KEREPEK PERIA HOMEMADE :
▶️ Bersihkan peria, belah dua dan buang bijinya.
▶️ Potong nipis-nipis, nak sagat pun boleh.
▶️ Rendam dengan air garam dalam satu jam untuk kurangkan rasa pahit.
▶️ Mixkan tepung bestari spicy, original dan tepung jagung. Sukatan boleh agak-agak je. Kalau nak pedas lebihkan tepung bestari spicy.
▶️ Toskan peria yang direndam tadi. Kemudian lap dengan tisu dapur. Bagi agak-agak kering.
▶️ Gaul dengan tepung yang dah dimixkan tadi. Kemudian tapis.
▶️ Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
▶️ Bila dah garing, angkat dan toskan.
▶️ Kemudian, bolehlah dimasukkan dalam balang!
BACA JUGA: Resepi Masak Tempoyak Ikan Patin Yang Paling Mudah Dan Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Siap! Jangan lupa masuk dalam balang ye. Takut masuk angin karang dah lemau kerepek tu. Mudah je nak hilangakan rasa pahit pada peria, cuma perlu rendam dengan air garam selama sejam. Rasa pahit tu akan nuteral sedikit dari rasa pahit asli sayur ni.
Kalau suka kerepek yang pedas, anda perlu lebihkan tepung bestari perisa spicy sahaja. Dengan menggunakan 3 jenis tepung, kita dapat hasilkan kerepek peria rangup sesedap ini. Dah tak perlu beli kat luar lagi. Buat je sendiri dirumah.
Berbalang-balang boleh buat kat rumah Lepas ni, siap boleh jual kat orang taman lagi. Semoga resepi kerepek peria homemade yang rangup dan sedap ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!