Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Masak Wajik Macam Zaman Dulu-Dulu. Resepi Orang Kampung Yang Wajib Cuba!
Wajik dan dodol beraneka macam, janganlah hanya dipandang. Ewaah! Ada yang baca sambil menyanyi ke tu. Antara makanan yang biasanya jumpa waktu raya pada zaman dulu-dulu. Sekarang ni, ada yang tak kenal dah dengan wajik ni.
Selain musim raya, saya pernah nampak ada yang jadikan wajik ni sebagai salah satu goodies ketika majlis perkahwinan. Kecil, simple dan mudah dibuat. Harga pun tak mahal jika order dengan kuantiti yang banyak.
Tapi bagi mereka yang betul-betul tinggal di kampung, yang jauh dari bandar memang masih ada wajik ni setiap kali perayaan atau boleh buat buat bila-bila nak makan.
Harap-harap janganlah ada yang lupakan resepi peninggalan nenek moyang kita. Begitu juga dengan cendol. Selagi masih ada yang buat jualan, selagi itu insyaAllah resepi original dari kampung tu tetap ada.
Dalam perkongsian kali ni, saya nak sharekan macam mana Cik Puan Sna Ashikin Ismail ni nak buat wajik yang sedap, lembut dan tidak terlalu manis. Sesuai untuk dimakan oleh semua peringkat umur. Boleh nak makan banyak, dan tidak muak.
RESEPI WAJIK
Jika ditanya kepada generasi sekarang, mungkin ada yang tidak tahu pun ap aitu wajik, bagaimanakah rupanya, apa rasanya dan sebagainya. Dengan era yang datang pelbagai jenis makanan dari luar baik korea, western food dan pelbagai tu memang boleh buat wajik ni luput dari orang kita.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 500 gram beras pulut
- 1 keping gula kabung / gula manisa
- 4 sudu gula putih
- 1 sudu kecil garam
- 200 gram santan
- Daun pandan
- 2 ulas durian
CARA PENYEDIAAN WAJIK :
▶ Mula-mula sekali, kukus pulut sampai masak atau separuh masak.
▶ Dalam kuali, masukkan gula kabung dengan sedikit santan. Kacau sampai gula larut sepenuhnya. Gunakan api yang perlahan sahaja ye.
▶ Bila gula dah larut, masukkan daun pandan dan juga garam. Kacau sampai sekata
▶ Seterusnya, masukkan durian dan baki santan. Masak sampai kuah jadi pekat dan berbuih-buih.
▶ Terus masukkan pulut yang kita kukus tadi.
▶ Gaul rata semua bahan, pulut pun bertukar jadi warna coklat gelap dan kuah gula pun agak kering. Jangan sampai hangit ye.
▶ Sediakan acuan, alas dengan daun pandang atau daun pisang untuk kekalkan wangi. Simpan dalam bekas kedap udara.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Resepi Mi Goreng Sambal Super Sedap. Rasa Ala Kedai Famous Hameed Pata Di Pulau Pinang!
Bagi yang tak suka manis boleh kurangkan penggunaan gula putih ye. Jangan kurangkan gula kabung kerana gula kabung memberi kesan kepada warna wajik kita nanti. Jika sikit dia akan jadi pucat.
Kalau ½ kilo pulut terlalu banyak untuk kita yang baru nak cuba, kurangkan portion kepada ¼ kilogram sahaja. Dah buat jadi dan rasa pun marvellous, barulah boleh buat banyak lagi.
Senang je kan nak buat wajik ni. Namun, ada juga yang tak masukkan durian. Durian tu optional sahaja sebenarnya. Jika tiada pun tidak mengapa. Selamat mencuba semua!