Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Waffle Sedap Dan Rangup. Guna Acuan Mini Puas Dapat Makan!

Wafle Mini Sedap
0 152,427

Perasan tak sebelum ni ada yang kongsikan tentang waffle mini. Viral jugak perkongsian sebab saiz mini dia. Comel je, dan sesuai untuk makan waffle sorang satu. Tak susah seperti biasa nak kena potong-potong kan.

Jadi bila buat saiz macam ni, kan senang nak makan. Paling menariknya sebab kita boleh letakkan apa-apa perisa yang kita suka. Barulah seronok nak makan.

Ada orang suka makan waffle yang rangup, garing. Bila digigit pun krup krap bunyinya. Tapi ada yang suka biasa-biasa sahaja tidak rangup sangat. Lain orang lain kan citarasanya.

Nak buat waffle ni, penting juga pada bahan tepungnya. Tersilap buat nanti tak sedap pulak rasanya. Tepung tak naik kembanglah dan sebagainya.

Perkongsian daripada Cik Puan Arm Ika ni, dia kongsikan macam mana nak hasilkan tepung bancuhan untuk buat waffle ni. Wah! Tak sabar pulak rasa nak makan waffle yang rangup.

 

RESEPI WAFFLE

Bagi yang suka makan waffle ni rangup dan garing, boleh masak lama sikit ye. Lepas tu sapu dengan bahan perasa seperti peanut butter atau jem yang ada.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar marjerin ( membukit)
  • 2 cawan susu cair @ bancuh 2 cawan air dengan 2 sudu susu tepung)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

CARA PENYEDIAAN WAFFLE :

▶ Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar smapai hancur dan betul-betul halus.

▶ Pastikan semuanya sebati dan nampak gebu.

▶ Tapis dan masukkan dalam bekas atau jug.

▶ Panaskan acuan, sapu marjerin menggunakan berus.

▶ Tuang adunan dan biarkan waffle masak sempurna.

▶ Jika nak garing, lebihkan masa.

▶ Dah masak, angkat dan angin-anginkan sekejap.

▶ Sapu bahan perasa yang kita suka. Sama da coklat coklat Nutella, peanut butter, jem strawberry dan sebagainya.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Daging Masak Lemak Cili Api. Pelbagai Versi Ada Tapi Rasa Tetap Padu!

 

Waffle macam ni, sesuai untuk hidangan minum petang. Kalau dah biasa beli je cuba kali ni buat sendiri menggunakan acuan waffle.  Acuan waffle mini ni tak mahal sangat saya rasa dan viral dekat facebook baru-baru ni ramai yang jual.

Sesekali nak hidangkan pada jiran pun boleh. Untung-untung setiap petang dia datang oder untuk minum petang. Boleh jadikan sumber income kan. Hehe.

Kepada yang nak buat, boleh buat bancuhan waffle ikut resepi deka tatas ni ye. Mudah dan insyaAllah rasa pun sedap. Gebus cantik dan rangup bila dimakan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open