Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Daging Masak Lemak Cili Api. Pelbagai Versi Ada Tapi Rasa Tetap Padu!
Masak lemak cili api merupakan masakan original daripada Negeri Sembilan. Dengan cara masak yang tersendiri memang tidak sama dengan negeri lain. Daging masak lemak cili api merupakan antara yang korang cuba buat.
Daging sendiri pun ada beberapa jenis. Daging biasa dan juga daging salai masak lemak cili api. Kebiasaannya, pergilah mana-mana kedai makan yang ada di Negeri Sembilan, wajib ada lauk ni dalam menu pilihan.
Tapi andai yang nak gantikan dengan ayam, ayam kampung, itik salai atau udang masak lemak pun boleh. Lagi satu yang tak boleh dilupakan ialah keli salai masak lemak! Dapat makan kuahnya pun boleh buat kita bertambah.
Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Aisha Shukor ni, senang nak ikut sebab barang dan bahan yang digunakan sangat senang difahami. Bukan apa, kadang-kadang ramai yang kongsikan resepi tapi tidak lengkap pada bahan.
Kali ini, betul-betul memudahkan bagi siapa yang nak belajar buat masak lemak cili api. Namun, daging masak lemak cili api yang saya nak kongsikan ni mungkin bukan original daripada Negeri Sembilan.
RESEPI DAGING MASAK LEMAK CILI API
Kalau buat lauk masakan masak lemak cili api ni, buat kuih bair lebihkan sikit. Untuk hidangan minum petang, boleh buat cekodok dan cicahkan dengan kuah masak lemak ni. serious memang padu!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- ½ kilo daging batang pinang
- 1 biji kentang ( potong 12)
- ½ kilo santan
- 25-30 cili api ( boleh tambah jika suka pedas)
- ½ biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- Kunyit hidup besar ibu jari
- 2 keping asam keping
- 2 batang serai ( titik)
- Daun kunyit ( hiris halus)
CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK LEMAK CILI API :
▶ Mula-mula sekali, kisar cili api, bawang dan juga kunyit. Masukkan dalam kuali bersama daging, ubi kentang, dan juga serai.
▶ Kacau semua bahan dan masukkan 1 mangkuk air.
▶ Pasang api, dan tutup kuali. Biarkan isi daging empuk dan airnya sedikit kering.
▶ Bila kuah dah nampak sedikit kering, masukkan santan. Teruskan sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.
▶ Taburkan daun kunyit, masukkan asam keping. Kacau sekejap sampai dia menggelegak.
▶ Perasakan dengan sedikit garam supaya rasa dia blend.
▶ Masak dalam 5 minit macam tu, baru tutupkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Brownies Kedut Simple. Resepi Sedap Boleh Buat Jualan.
Waah! Senang je kan nak buat masak lemak cili api ni. Pernah juga buat masak lemak ayam versi Negeri Sembilan dengan mak angkat di sana. Memang betul-betul mudah je cara yang beliau ajarkan waktu tu.
Sebelum letak atas api lagi, dalam periuk dah ada semua bahan kecuali santan sahaja. letakkan atas api, tutup kuali tu. Katanya nak matikan cili lepas tu kecutkan ayam. Baru sedap. Bila dah kering, ayam dah kecut, baru masukkan santan. Dan masak sekejap je selepas tu.
Tapi rasa dia memang terbaik rasa dia tau. Yang mana nak mencuba, boleh ikut resepi daging masak lemak yang saya kongsikan ni. Simple dan mudah nak faham. Kemudian, kongsikan dekat wall masing-masing supaya lebih ramai dapat manfaat ye. Selamat mencuba!