Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Smores Guna 3 Bahan Je. Meleleh Coklatnya, Anak-Anak Suka Sangat!

0 12,954

Resepi kali ini antara kudapan kesukaan anak-anak kita. Smores guna 3 bahan je. Apa tu smores? Smores adalah marshmallow yang dibakar, diapit oleh biskut dan lelehan coklat. Smores juga adalah gabungan sempurna dari coklat dan marshmallows.

Resepi ini juga menggunakan biskut selain daripada coklat dan marshmallows. Apa saja jenis biskut boleh digunakan contohnya biskut tiger, biskut marie, biskut masin atau macam-macam lagi jenis biskut yang ada. Boleh pilih ikut cita rasa masing-masing.

Untuk seimbangkan rasa manis pada smores ini, anda boleh memilih untuk menggunakan biskut cracker yang mana rasanya tak manis. Tapi kalau nak guna biskut yang manis pun takde masalah.

Begitu juga dengan penggunaan coklat. Apa saja jenis coklat makan, pastinya sesuai untuk resepi ini. Contohnya cadburry ataupun coklat jenama tesco yang ada pada gambar. Bila dimakan stores ni, coklatnya terus meleleh.

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita ikuti perkongsian resepi smores yang dikongasikan oleh Cik Puan Faza Farhana. 8K share hasil perkongsian beliau di Facebook. Ramai sangat yang suka!

 

RESEPI SMORES 3 BAHAN

Kalau bawak anak-anak keluar dan mereka ternampak marshmallow yang disalut coklat, bukan main suka lagi mereka. Jadi kali ini kita ubah sedikit resepinya dengan cara baking. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Biskut crakers/ apa saja jenis biskut
  • Coklat (pilihan sendiri)
  • Marshmallows

CARA PENYEDIAAN SMORES :

▶️ Mula-mula susun biskut dalam bekas aluminium.

▶️ Seterusnya, masukkan coklat dan diikuti dengan marshmallows.

▶️ Bakar dalam oven pada suhu 160C selama 5-7 minit atau sampai atasnya berwarna perang.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang, Indonesia. Sedap Sangat Hasilnya, Anda Wajib Cuba!

 

Dah siap! Untuk bakar smores ni boleh tentukan suhu yang sesuai ikut oven masing-masing ye. Yang penting coklat mencair dan marshmallows berubah warna jadi keperangan dah cukup. Tak lama pun nak bakar lebih kurang 5-7 minit je.

Rasanya penggemar marshmallows ni bukan budak-budak je. Orang dewasa pun ramai yang suka. Selagi resepi itu menggunakan coklat pasti ramai penggemarnya. Lebih-lebih lagi resepi yang mudah dibuat macam smores ni.

Lepas ni kalau beli marshmallow banyak-banyak dah boleh try resepi ni dirumah. Confirm anak-anak suka! Kita pun hilang diet dibuatnya. Semoga resepi smores guna 3 bahan ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open