Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Panggang Ala-Ala Kenny Rogers Yang Juicy Dan Letops. Bahan Perapannya Memang Kick Kaw-Kaw!

0 803

Nak tak buat ayam panggang ala-ala Kenny Rogers? Tekstur ayamnya juicy dan rasanya tak kurang sedap macam kat restoran Kenny Rogers. Sesekali nak makan kat kedai bolehlah. Tapi kalau kerap kali boleh kopak poket dibuatnya!

Harganya boleh tahan mahal. Kalau nak makan ramai-ramai tu kena fikir banyak kali juga. Apa kata, kita cuba buat ayam bakar ala-ala Kenny Rogers homemade? Mesti ramai yang suka kan. Jimat dan puas hati nak makan.

Musim pkp ni kena keluarkan banyak idea masakan. Masa free tengok Facebook tu, bolehlah save macam-macam resepi. Nak makan kat luar pun tak boleh, kena take away je. Cas delivery pun mahal tau.

Tapi lagi mudah dan jimat kalau buat sendiri. Resepi ni rasanya seakan ayam panggang Kenny Rogers gitu. Malah, bahan perapannya lebih kick kaw kaw. Confirm nak lagi! Anak-anak pun seronok dapat makan ayam macam kat Kenny Rogers.

Lepas ni jimatlah duit poket kita. Sebab dah tahu ada resepi sedap macam ni. Kalau craving nak makan, beli je bahan-bahan. Tanpa membuang masa lagi, jom kita follow resepi dari Cik Puan Fazreen Saini. Memang puas hati dengan hasilnya!

 

RESEPI AYAM PANGGANG ALA-ALA KENNY ROGERS

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ayam panggang sesedap Kenny Rogers ini di Facebook. Dapatlah dicuba oleh semua penggemarnya. Jom lihat langkah-langkah penyediaannya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 ekor ayam (ikut bahagian yang disuka ye)
  • 1 biji tomato
  • 2 biji kentang (dipotong 8, biar mudah empuk)
  • Brokoli rebus (Optional)

Bahan kisar : 
  • 1 biji bawang merah besar (Optional)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia (Optional)
  • 3 sudu besar lada hitam biji

 

Bahan campuran : 
  • 3-5 tangkai cili api (extra pedas)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula putih/perang
  • 1 sudu besar garam
  • 1/2 kuib pati ayam @ secukup rasa
  • Sedikit mentega/ minyak zaitun*

CARA PENYEDIAAN AYAM ALA-ALA KENNY ROGERS :

▶️ Masak semua bahan kisar dan bahan campuran atas periuk kecuali ayam, tomato dan kentang.

▶️ Bila dah sebati semua, tutup api dan tunggu sejuk sikit.

▶️ Perap bahan perapan tadi dengan ayam sekurang-kurangnya sejam. Lagi lama lagi sedap.

▶️ Masukkan sekali tomato dan kentang sebelum letak minyak atau mentega.

▶️ Bakar pada suhu 200C selama sejam atau sehingga masak.

▶️ Nak buat kentang putar, cuma blend je kentang yang dah empuk tu. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Buat Smores Guna 3 Bahan Je. Meleleh Coklatnya, Anak-Anak Suka Sangat!

 

Siap untuk dihidang! Sebelum tu nak share juga nota perkongsin beliau di Facebook. Untuk proses membakar, anda boleh tambah minyak ataupun mentega dan lebihan bahan perap setelah ayam dibakar 30 minit. Biarkan tekstur ayam tidak kering.

Rasanya yang cukup pedas, manis, hangat lada hitam memang memikat selera. Pkp tak pkp, makan tetap kena onz. Kalau tak dapat keluar kita buat je dirumah. Happykan diri masa pkp ni dengan makan.

Kalau nak hidang dengan sayur brokoli boleh je. Kukus atau celur je sayur tu. Nak jimat kena masak sendiri. Semoga resepi ayam panggang ala-ala Kenny Rogers ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open