Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Rojak Betik Kuah Ikan Terengganu. Sesuai Untuk Mereka Yang Takde Selera Makan Dan Baru Baik Demam!
Rojak betik kuah ikan merupakan antara hidangan yang sangat popular di Terengganu. Rojak betik ini juga agak ramai penggemarnya. Yang dah pernah mencubanya, sudah pasti lebih tahu tentang keenakan rojak betik ini.
Rojak betik ini biasanya akan dimakan dengan keropok keping dan timun yang dihiris nipis. Untuk penggunaan betik pula, anda perlu menggunakan betik yang mengkal atau sedikit masak. Kalau betik masak, nanti rojak akan lembik dan tak sedap.
Ikan pula perlu direbus terlebih dahulu. Kemudian, dibuang tulangnya sebelum dikisar dan dimasak dengan bahan sos yang lain. Kuahnya akan dimasak pekat dan cukup dengan semua rasa.
Buah betik yang ada kat belakang rumah tu bolehlah diambil dan dibuat rojak macam ni. Tak rugi walaupun anda baru pertama kali mencubanya. Rojak betik ini akan berkali ganda lebih sedap jika di simpan dalam peti ais.
Untuk mereka yang belum pernah mencubanya, apa kata kita sama-sama ikuti perkongsian resepinya dari Masri Awang ini. Sehinggakan 4.6k share hasil perkongsian belia di Facebook.
RESEPI ROJAK BETIK KUAH IKAN TERENGGANU
Untuk orang terengganu yang dah lama tak balik ke kampung halaman, mesti dah rindu sangat dengan rojak betik air tangan emak kan. Jangan sedih lagi, jom kita layan je resepi ni, bolehlah lunaskan craving yang dah lama terbantut. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 5-6 ekor Ikan selayang/ kembung (direbus dan dibuang tulangnya)
- 1/2 cwn Cuka
- Betik yang mengkal (disagat dengan alat)
- Timun (dipotong)
- Nenas (dipotong)
Bahan untuk sos :
- 3 senduk kecil Cili boh
- 3 keping Gula manisan
- 3 sudu Gula
- 3 cawan Air
- 1 sudu kecil Garam
- Sedikit Belacan (Optional)
- 3 sudu Kicap
CARA PENYEDIAAN ROJAK BETIK KUAH IKAN TRANUNG :
▶️ Rebus ikan terlebih dahulu. Bila dah sejuk, buangkan semua tulang ikan dan kisar atau tumbuk. Ketepikan.
▶️ Untuk penyediaan sos pula, masukkan air, cili boh, belacan, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
▶️ Selepas 10 minit masukkan cuka.
▶️ Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah ke dalam isi ikan yang dikisar atau ditumbuk tadi dan gaul sebati.
▶️ Kemudian, barulah tuang isi ikan yang digaul bersama kuah tadi ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
▶️ Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Cara Buat Char Kuey Teow Kerang Yang Paling Simple. Makan Dengan Cili Jeruk Lagi Sedap!
Nak lagi power, goreng keropok keping dan sediakan timun. Sedak sangat boh! Kuah yang tak habis boleh dimasukkan dalam freeze, lagi sedap tau! Hidangan ini sesuai sangat untuk yang tiada selera makan dan baru baik dari demam.
Tak susah pun nak buat rojak betik kuah ikan ni. Follow je step by step resepinya disini. Pasti anda dapat menikmati rojak betik yang paling sedap hasil air tangan sendiri. kena pula suami orang Terengganu, apa lagi bagi lah dia makan. Confirm encik suami suka!
Orang luar dari Terengganu jangan segan dan malu, anda boleh cuba resepi ini dirumah. Nak tengok juga suka ataupun tak. Mesti jatuh hati dengan resepi rojak betik kuah ikan Terengganu ni. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!