Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Telur Pecah Sambal 3 Rasa Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih Panas Pun Dah Cukup!
Resepi telur pecah sambal 3 rasa ini sangat mudah disediakan. Rasanya pula cukup enak dan sesuai dimakan dengan nasi putih panas-panas. Kalau dah takde idea nak masak, apa kata kita cuba resepi ni. Confirm bertambah nasi dibuatnya.
Resepi ini dipanggil sebagai telur pecah sambal kerana cara memasaknya agak berbeza dengan masak sambal telur yang biasa. Yang mana, telur akan dipecahkan ketika sambal mendidih dalam kuali dan dibiarkan sehingga masak dengan sempurna.
Simple kan! Tak perlu nak goreng telur secara berasinga lagi. Hasil telur yang dah disiap dimasak lebih juicy dan enak. Ini kerana telur telah dimasak dan dibiarkan sambal meresap kedalam telur yang dimasak tadi.
Resepi ini juga dikatakan mempunya 3 rasa iaitu rasa pedas, masam dan manis. Sama seperti rasa masak lauk 3 rasa yang lain. Yeng membezakannya adalah penggunaan lauk dan beberapa sayur yang biasanya dipotong dadu dalam masak siakap 3 rasa.
Untuk lebih mudah anda menyediakannya dirumah, apa kata kita ikuti perkongsian step by step dari Cik Puan Liza Idris ini. Resepi ini juga dikatakan resepi penyelamat untuk ibu-ibu yang bekerja. Mudah, ringkas dan pastinya enak!
RESEPI TELUR PECAH SAMBAL 3 RASA
Resepi ini hanyalah menggunakan 3 biji telur sahaja. Jika anda perlu menyediakan lebih dari 3 biji teliur, anda boleh lebihkan sukatan bahan yang lain. Pastikan sambal 3 rasa tidak kering bila telah dimasukkan telur nanti. Jom masak!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji telur ayam
- 3 sudu cili kering
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 cawan air
- Sedikit daun bawang jika ada
CARA PENYEDIAAN TELUR PECAH SAMBAL 3 RASA :
▶️ Mula-mula panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus.
▶️ Bila dah kekuningan dan naik bau, masuk 3 sudu cili kering. Tumis lagi sampai pecah minyak.
▶️ Masuk pula sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kemudian, kacau sama rata.
▶️ Pastikan sambal masak elok dan pecah minyak. Barulah masakan jadi lagi sedap.
▶️ Masuk pula air dan kacau lagi. Tunggu sampai kuah sedikit pekat.
▶️ Rasa sedikit, kalau ada yang kurang boleh tambahkan gula dan garam.
▶️ Rasa kuah dah perfect, pecahkan telur dalam sambal yang mendidih tu.
▶️ Tabur daun sup. Tak letak pun sedap je. Biarkan seketika supaya telur tidak pecah.
▶️ Terbalikkan telur kalau nak bagi masak sama rata.
▶️ Agak-agak dah masak, bolehlah tutup api. Siap!
BACA JUGA: Cara Buat Rojak Betik Kuah Ikan Terengganu. Sesuai Untuk Mereka Yang Takde Selera Makan Dan Baru Baik Demam!
Siap untuk dihidang! Kalau bulan puasa, lauk ni pun boleh tarik perhatian anak-anak kita yang liat sangat nak bangun sahur tu. Dari tak berselera, terus boleh bertambah nasi dibuatnya. Memang sedap sangat!
Hidangan 3 rasa untuk resepi telur ini lebih sempoi. Dan sesuai dimasak bila-bila sahaja terutama bila anda kesuntukkan masa. Kurangkan makan makanan frozen seperti nuggert, sosej kalau dah tak sempat nak masak ye.
Ada macam-macam lagi resepi yang boleh anda cuba dirumah. Boleh search je kat blog ni. Semoga resepi telur pecah sambal 3 rasa ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!