Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nestum Cookies Yang Crunchy Dan Cair Di Mulut. Senang Sangat Cara Penyediaannya!
Anak-anak korang mesti suka makan nestum kan? Apa kata korang buat nestum cookies yang crunchy ni. Sekali suap terus cair kat mulat. Memang sedap sangat cookies ni tau! Boleh buat kudapan anak-anak atau kita bila duduk depan tv nanti. Confirm tak sedar habis sebalang dibuatnya.
Cara penyediaan cookies nestum ni mudah je. Yang penting korang rajin nak buat. Berapa minggu lagi nak raya. Bolehlah buat untuk hidangan kat atas meja tetamu raya nanti. Korang mesti akan buat open house juga kan. Confirm laju je habis cookies ni nanti.
Cookies ni ada campuran biji kuaci dan biji labu di dalamnya. Memang sedap sangat! Rasa rangup je bila di makan nanti. Nak buat cookies ni pun tak perlu terap guna acuan. Ambil seciput-seciput je guna tangan dan letak dalam loyang untuk di bakar. Senangkan!
Tak kisah bentuk cookies macam mana pun, yang penting rasa cookies yang kita makan ni sedap dan di sukai anak-anak. Kalau korang nak cuba resepi ni, korang boleh follow resepi yang di kongsikan Cik Puan Zana Mokhtar ni. Follow je sebijik-sebijik confirm menjadi.
Sebelum korang nak campur biji kuaci dan biji labu dalam adunan, korang kena bakar dulu beberapa minit. Supaya tekstur nya lebih rangup bila di makan nanti. Tak perlu bakar terlalu lama, kejap je dalam 5 minit. Dah jadi doh nanti, korang rehatkan adunan dalam peti selama 30 minit.
RESEPI NESTUM COOKIES YANG CRUNCHY
Tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni. Mesti ada yang tak sabar nak cuba kat rumah kan. Bosan juga asyik makan cookies biasa tu. Kali ni kita try yang ada biji labu dan kauci pula. Jom tengok step step nya kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 500 g butter
- 2 cawan gulang perang
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji kuning telur
Bahan B :
- 1 sudu besar emplex
- 2 sudu besar tepung susu
- 2 1/2 sudu besar tepung jagung.
- 1 sudu kecil bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
Bahan C :
- 5 sudu besar minyak masak
Bahan D :
- 4 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 cawan nestum
Bahan F :
- 1 cawan kuaci
- 1 cawan biji labu
CARA PENYEDIAAN NESTUM COOKIES CRUNCHY :
▶️ Korang ambil bahan A tu dan kacau dengan sebati. Lepas tu barulah tambah dengan kuning telur.
▶️ Selepas dah sebati tambah pula bahan B dan juga bahan C.
▶️ Dah sebati semua adunan masukkan nestum dan kacau sebati lagi.
▶️ Lepas tu baru masukkan sikit-sikit tepung gandum sampai tekstur adunan senang nak di uli dan tak melekit di tangan.
▶️ Biji labu dan kuaci bolehlah masukkan nanti. Tapi sebelum tu bakar kejap dalam lima minit biji labu dan kuaci dulu untuk dapat keranggupan.
▶️ Dah siap, rehat kan doh tu selama tiga puluh minit dalam peti ais.
▶️ Lepas tu korang ikut lah bentuk macam mana nak buat. Ikut suka masing-masing.
▶️ Bakar dalam oven pada suhu 180C dalam 25 minit atau ikut oven masing masing.
▶️ Siap untuk dimakan!
BACA JUGA : Cara Mudah Masak Maggie Ketam Dan Udang Yang Paling Sedap. Confirm Nak Lagi Dibuatnya!
Senang sangat kan! Buat waktu weekend memang best lah sebab ramai tangan nak menolong nanti. Sehari dua sebelum nak raya pun sempat lagi kalau nak buat cookies ni. Janji semua bahan-bahan yang diperlukan dah lengkap kat rumah. Tak payah nak beli kat luar lagi, buat sendiri lagi puas hati.
Untuk pengetahuan korang, Cik Puan Zana Mokhtar memang gemar berkongsi resepi masakan di wall Facebook milik beliau. Next time kita boleh cuba resepi gulai ayam kerisik sup bunjut. Nampak sedap je resepi tu. Next time bila ada kesempatan, kita bolehlah cuba pula.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi nestum cookies yang crunchy dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!