Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Mudah Masak Maggie Ketam Dan Udang Yang Paling Sedap. Confirm Nak Lagi Dibuatnya!
Wah! sedap juga kalau dapat makan Maggie ketam dan udang ni. Kalau korang tak pernah try masak Maggie ketam dan udang lagi, korang boleh follow resepinya di sini. Memang sedap sangat. Maggie ketam atau udang ni famaous kat gerai-gerai makan tepi laut tau. Especially kat Terengganu dan Port Dickson.
Kalau nak masak Maggie special, korang boleh cuba masak Maggie ketam dan udang ni. Nak campur sekali udang dan ketam boleh. Korang nak asingkan pun boleh. Biasanya masak maggie ketam ni akan menggunakan Maggie kari. Kalau guna maggie perisa lain mungkin tak berapa nak sedap.
Nama pun special, mestilah menggunakan banyak bahan kan. Masak Maggie ketam dan udang ni lebih sedap di masak pedas-pedas. Kena tumis juga cili kering dengan bahan masakan yang lain barulah lebih enak di makan nanti. Untuk penggunaan cili pula, korang boleh control ikut tahap kepedasan masing-masing.
Mee Maggie perlu di rebus terlebih dahulu barulah di tuang kan kuah Maggie yang di masak asing tadi. Rebus siap-siap sebelum di campurkan dengan kuah. Korang nak tahu lebih detail, korang follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Hajar Hasikin ni. Confirm nak lagi dibuatnya!
Sekali pandang je dah terliur nak makan Maggie ketam dan udang ni. Kalau makan kat luar, boleh tahan mahal juga harganya. Kalau masak kat rumah lagi puas hati. Nak makan banyak mana pun boleh. Jom try kat rumah masing-masing. Tak kisah siang atau malam, Maggie ni boleh di makan bila-bila masa sahaja.
RESEPI MAGGIE KETAM DAN UDANG
So, tanpa membuang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan Maggie ketam dan udang ni. Mesti korang tak sabar nak makan kan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- Ketam
- Udang
- Maggie kari
Bahan B :
- 2 1/2 biji bawang besar
- 1/2 bawang besar di hiris
- 5 biji bawang puteh
- 2 inci halia
- Cili kering
- Cili padi di ketuk
- 2 sudu sos cili
- 4 sudu kicap pekat ABC
- 2 kiub pati ayam
- Serbuk lada hitam
- 4 1/2 sudu tepung jagung
Bahan C :
- Bawang besar (dihiris)
- Bawang putih (ditumbuk)
- Serbuk maggie kari
- Sayu sawi
Bahan kisar :
- Cili kering
- Bawang besar
- Bawang puteh
- Halia
CARA PENYEDIAAN RESEPI MAGGIE KETAM DAN UDANG :
▶️ Tumis bawang besar & bawang putih sampai garing.
▶️ Masukan bahan yang di kisar tadi.
▶️ Kemudian, masukkan serbuk kari maggie.
▶️ Diikuti dengan 4 sudu kicap pekat manis ABC.
▶️ Masukkan pula serbuk lada hitam, air dan kiub pati ayam.
▶️ Masukkan 2 biji telur yang telah dihancurkan.
▶️ Masukkan 4 1/2 sudu air tepung jagung dan kuah rebusan maggie.
▶️ Seterusnya, masukkan udang dan ketam.
▶️ Diikuti dengan sayur dan cili padi yang dah diketuk.
▶️ Sediakan maggie yang di rebus dan tuang kuah Maggie.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Mini Sausage Pot Pie Yang Simple Dan Sedap. Senang Je Nak Buatnya, Anak-Anak Pun Suka!
Nak asingkan udang dan ketam pun boleh juga ye. Wah! Confirm bertambah-tambah dibuatnya. Sampai ke kuah habis di hirup tau! Jangan lupa campur sayur sekali. Masukkan sayur sawi je dah cukup. Barulah lengkap lauk-lauk dalam Maggie ketam dan udang kita ni.
Maggie ni memang ramai penggemarnya. Kalau korang penggemar Maggie, korang wajib cuba resepi ni. Memang sedap sangat. Sekali sekala makan maggie special macam ni syok juga kan. Tapi wajib gunakan ketam dań udang yang fresh, barulah tak spoil masa nak makan nanti.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Hajar Hasikin kerana sudi berkongsi resepi Maggie ketam dan udang yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share okey. Selamat mencuba!