Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cucur Jagung Yang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam. Jagung Pun Manis!

0 118

Penggemar jagung boleh la try resepi cucur jagung yang rangup di luar dan lembut di dalam ni. Pastikan guna jagung fresh, baru la syok nak makan nanti. Rasa manis je bila gigit biji jagung tu. 

Sesetengah orang panggil cucur ni sebagai bergedil. Boleh dicampur dengan ikan bilis atau udang kecil di dalamnya. Cucur ni sedap makan dengan cili kicap atau sos cili ye. Licin pinggan dibuatnya. 

Cucur jagung ni korang nak modified pun boleh. Adjust kat bahagian bahan. Cucur ni dibuat menggunakan cili kisar. Kalau nak ganti cili kisar kepada cili kering tumbuk kasar pun boleh. Ikut selera masing-masing. 

Resepi cucur jagung yang sedap ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ana Mariana Ismail. Sangat mudah cara penyediaannya. Rugi kalau korang tak cuba buat cucur ni kat rumah. 

Cucur ni sesuai jugak dijadikan hidangan minum petang. Kalau malas nak makan malam, boleh la korang mencucur. Cucur ni sedap dibuat lauk masa makan nasi ye. Kat tempat kami, famous orang makan bergedil dengan nasi. 

RESEPI CUCUR JAGUNG 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan cucur jagung yang sedap ni. Step penyediaannya seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Isi jagung (dihiris)
  • Tepung gandum
  • Cili blend
  • Udang kecik @ ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Serbuk kunyit+serbuk ikan bilis
  • Garam+gula secukup rasa
  • Telur sebiji
  • Air suam

CARA PENYEDIAAN CUCUR JAGUNG :

▶️ Masukkan tepung gandum. Agak-agak padan dengan bahan-bahan lain.

▶️ Masukkan pulak isi jagung, bawang besar, udang, serbuk kunyit, garam, gula, serbuk ikan bilis sikit, cili kisar dan sebiji telur. 

▶️ Bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair.

▶️ Masuk air sikit-sikit. Agak-agak senang kita nak jemput guna tangan ye.

▶️ Goreng cucur guna minyak yang banyak dan guna api sederhana.

▶️ Makan cicah dengan sos cili memang sedap.

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Sup Ayam Tanpa Minyak Dan Tumis. Lebih Simple Dan Sihat!

 

Anak-anak pun suka makan cucur jagung ni. Yang baru balik dari Cameron atau ada tanam jagung dekat dengan rumah. Boleh la try buat cucur jagung versi yang ni pulak. Mesti korang suka.

Yang alergik udang, boleh ganti udang dengan ikan bilis. Pilih salah satu je. Pastikan adunan cucur tak terlalu cair. Nanti tekstur cucur akan jadi nipis sangat. Tak syok pulak masa makan nanti.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ana Mariana Ismail kerana sudi berkongsi resepi cucur jagung yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open