Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Bihun Bakso Sedap. Rasa Sebijik Macam Pasar Malam!

Bakso bebola daging
0 10,271

Makanan wajib beli kalau ke pasar malam adalah bihun bakso ni. Dapat makan waktu hujan sejuk memang sedap. Hirup kuah yang panas-panas tu.

Kalau dah sebut bakso mestilaha da bebola dagingnya kan. Kalau rasa tak cukup, saya akan beli extra dan tambahkan sekali dalam mangkuk nanti. Memang favourite lah makan bakso ni.

Tapi sejak musim nak ada pasar malam pun susah ni, terpaksa lah belajar untuk buat sendiri. Tapi yang bestnya bila buat sendiri boleh letak meatball banyak-banyak dan dapatlah belajar resepi baru.

Bakso paling sedap bila makan dengan sambal hitam dan sambal merah. Rasa pedas dia memang ngam kalau makan bersama bihun atau kue teaw. Ada juga yang suka makan dengan mee kuning. Jadi terpulang kepada kita okay.

Dalam resepi yang dikongsikan melalui facebook Food Makan ni, nampak macam sedap je hasil pada gamabrnya. Bila tengok bahan-bahan yang digunakan pun semuanya mudah dan boleh buat dari dapur sendiri je.

 

RESEPI BAKSO

Bebola daging nak buat sendiri boleh, nak beli siap pun boleh. Dekat pasaraya kebanyakannya ada dijual. Ianya lebih mudah untuk kita yang baru nak belajar ni.

 

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • Bebola Daging
  • Mee kuning / Bihun / Kue Teaw
  • 1 ketul kiub pati daging
  • Garam
  • 1 batang serai
  • 5 sudu besar minyak masak
  • Air

 

BAHAN KISAR :
  • 1 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • ½ labu bawang putih
  • 2 ini halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar lada putih
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 5 biji buah keras

 

CARA PENYEDIAAN BAKSO :

▶ Mula-mula sekali, kisar dulu bahan kisar sampai hancur.

▶ Kemudian, tumis bahan kisar sampai kekuningan dan sedikit garing.

▶ Ketuk serai dan masukkan dalam kuali. Biarkan seketika.

▶ Kemudian, masukkan air, dan juga kiub pati daging. Jika masukkan daging bagi menggantikan kiub, masak sampai daging empuk dahulu.

▶ Bila dah mendidih, masukkan bebola daging. Biarkan masak dulu atau bebola timbul.

▶ Perasakan dengan garam. Jika dah okay, boleh padamkan api.

▶ Boleh celurkan bihun atau mee atau kue tiau dan sedia untuk dihidangkan.

Dah siap kuah dan bahan asasnya, wajib lah ada sambalnya kan. Sambal kicap pedas ni memang sedap dan boleh buat banyak. Simpan dalam peti supaya boleh guna ulang-ulang.

 

RESEPI SAMBAL KICAP PEDAS 

 

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 15 biji cili padi
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 1 ulas bawang putih

 

CARA PENYEDIAAN SAMBAL KICAP :

▶ Kisar semua bahan sehingga hancur. Jika suka, tumbuk sahaja pun boleh. Cili akan jadi hancur kasar sahaja.

▶ Jika terlalu pedas, tambah kicap atau sedikit gula. Kacau sampai rata.

▶ Sedia untuk dihidangkan.

BACA JUGA: Resepi Tosei Dan Idli. Guna Satu Bancuhan Untuk Dua Makanan!

Nak makan bakso ni, bahan-bahan sampingan pun menjadi penyebab ianya sedap tau. Antara bahan yang wajib disediakan untuk makan dengan bakso ni adalah.

  • Bawang goreng
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Kobis
  • Sambal kicap
  • Sos cili

Lengkap semua hidangan ni, dapat hasilkan satu mangkuk bihun bakso yang paling sedap. Confirm bertambah lah nanti.

Nak buat bakso ni tak semestinya untuk makan biasa-biasa di petang hari. Ada juga yang buat sebagai hidangan hari raya pun boleh. Salah satu menu jika ada majlis keramaian atau sambutan birthday.

Dah tahu rahsia nak sedapkan bakso ni boleh lah buat selalu kan. Yang penting sekali, walaupun pertama kali buat pun, satu family semua suka! Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open