Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Limas Tradisi Negeri Perak. Rasa Lemak Manis Dan Berair. Memang Sedap!

0 2,019

Resepi kuih limas merupakan kuih tradisional negeri perak. Sesetengah orang memanggilnya kuih tepung pelita dan ada juga yang memanggilnya kuih sampan. Tetapi, sebenarnya ianya tidaklah sama. Ketiga-tiga kuih ini berbeza, hanya rupanya sahaja yang sama.

Ketiga-tiga kuih ini juga dapat dibezakan melalui teksturnya. Dimana, bahan yang digunakan oleh setiap kuih ini berbeza. Kuih limas ini menggunakan tepung gandum manakala kuih tepung pelita pula mengguna tepung beras.

Kuih ini biasa terjual di pasar malam atau bazar Ramadhan, tetapi ramai yang tertipu atau tidak dapat membezakan kuih ini dengan kuih tepung pelita ataupun kuih tako memandangkan rupa ketiga-tiga kuih ini adalah sama.

Resepi tepung pelita kali ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Amy Anuar. Semoga resepi yang beliau kongsikan ini dapat membantu anda sekalian yang ingin mencubanya dirumah.

Rasa kuih ini berlemak manis, berair dan lembut. Pembuatan kuih ini secara moden banyak menggantikan bekas plastik yang dilapik daun pisang berbanding menggunakan kelongsong daun pisang.

 

RESEPI KUIH LIMAS

Kuih limas ini kalau dijual di bazar ramadhan laju je habis. Kalau anda rasa ingin mencuba resepi ini sebagai juadah berbuka puasa, apa kata kali ini anda mencubanya sendiri dengan menggunakan resepi yang dikongsikan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk lapisan bawah (hijau)
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
  • Sedikit pewarna hijau (Guna air pandan sepenuhnya je)

*Kisar semua bahan diatas

Bahan-bahan untuk lapisan atas (putih)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam

*Kisar semua bahan diatas

CARA PENYEDIAAN KUIH LIMAS

▶️ Panaskan pengukus. Letakkan daun pisang di dasar pengukus untuk bagi wangi. Tiada pun tak apa.

▶️ Letakkan gula di dalam bekas dalam 1 sudu besar. Kalau nak air gula lebih boleh letak lebih.

▶️ Sendukkan adunan bahagian bawah (hijau) dan letakkan dalam bekas kecil yang diisi gula tadi.

▶️ Kukus bahagian bawah selama 10 minit dengan api kuat.

▶️ Agak-agak bahagian bawah tu dah tak cair, tuangkan adunan berwarna putih ke dalam bekas.

▶️ Kukus lagi lebih kurang 10 minit.

▶️ Siap. Kalau ada air yang bertakung, buang kan sahaja.

 

BACA JUGA: Resipi Omeloat Sedap Kenyang Sampai Ke Petang. Nak Diet Anda Wajib Mencubanya!

 

Ha, dah siap! Dah boleh makan buka puasa nanti. Nak buatnya sekejap je. Mudah dan tak lama pun cara penyediaannya. Makan pun sekejap je boleh habis. Beli kat pasar malam takut tak cukup nak beli banyak. Buat sendiri kan lebih puas hati.

Rasanya yang lemak manis, dan lembut membuatkan para penggemar kuih ini jatuh cinta. Kuih ini sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa. Berbuka dengan manisan kan lebih baik.

Semoga resepi kuih limas ini memberi manfaat kepada anda semua. Cuba jangan tak cuba tau resepi ni untuk berbuka puasa nanti. Selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open