Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ala Korea Iaitu Kimbap Atau Maki Sushi Yang Sedap. Rasa Macam Duduk Korea Je Bila Makan Nanti!

0 2,698

Resepi ala korea iaitu kimbap atau juga dikenali sebagai maki sushi atau nasi gulung korea. Kimbap adalah makanan ringan korea yang diperbuat daripada nasi putih dan ditambah dengan bermacam-macam bahan lain kemudiannya digulung dalam lapisan seaweed kering.

Kalau dikorea dikenali sebagai kimbap, di jepun pula dipanggil sebagai sushi. Yang membezakan kedua kudapan ini adalah penggunaan minyak bijan dan juga vinegar atau dikenali sebagai cuka.

Antara bahan wajib yang dicampur dalam kimbap adalah danmuji/takuan, telur dadar, crab stick, cheese, sayuran seperti lobak dan timun. Kemudian diletakkan pula bahan pilihan lain seperti tuna, udang tempura, ayam dan daging untuk menjadikannya kimbap tuna, kimbap udang dan sebagainya.

Nak mencuba kimbap ala korea, jom kita lihat bagaimana cara penyediaannya dengan mengikuti perkongsian dari seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Puteri Hana Sofia.

Difacebook, beliau ada berkongsikan link dimana beliau membeli set barang-barang sushi yang dijual dishopee. Anda juga boleh membeli set barang-barang penyediaan kimbap atau sushi termasuk tikar penggulung.

 

RESEPI KIMBAP ALA KOREA

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita semua mencuba resepi kimbap ala korea ini secara homemade. Jom follow cara penyediaan seperti dibawah ini. Walaupun buat secara homemade tapi boleh terasa tengah makan kimbap dikorea tau.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Kepingan rumpai laut
  • Tikar penggulung

 

Bahan untuk nasi :
  • Jepun sushi rice (Kalau nak guna beras biasa pun boleh, tapi pastikan ditanak lembut dan tidak lembik)

Bahan untuk inti :
  • 1 biji Timun (dipotong memanjang dan buang bahagian berjus)
  • Filamen ketam (direbus dalam 3 minit)
  • 1 biji lobak merah (dibuang kulit dan hiris memanjang. Kemudian sangai di atas kuali dan boleh ditambah secubit garam)
  • Lada bengala (dihiris memanjang)
  • Cili padi (dihiris halus)
  • Hirisan sosej ayam (masak di atas kuali hingga kering, boleh juga guna ayam)

CARA PENYEDIAAN KIMBAP ALA KOREA : 
Cara penyediaan nasi :

▶️ 2 cawan beras, ditanak seperti biasa guna sukatan jari.

▶️ Sementara menunggu nasi, boleh sediakan bahan-bahan lain untuk dijadikan inti.

▶️ Setelah nasi siap, letakkan ke dalam mangkuk. Tambahkan 1 sudu kecil minyak bijan dan secubit garam halus. Gaul rata.

Cara susunan kimbap ala korea :

▶️ Tebar tikar penggulung.

▶️ Alas sekeping rumpai laut.

▶️ Rata kan nasi ke atas rumpai laut. (Pastikan ada ruang)

▶️ Letak inti satu per satu. Jangan kedekut, lagi banyak inti lagi sedap.

▶️ Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar kimbap menjadi kemas.

▶️ Sapu minyak bijan ke atas kimbap. Kemudian, potong satu persatu.

▶️ Letak sos salad thousand island dan korean gochujang. Boleh juga letak apa-apa jenis sos ikut kesukaan anda.

▶️ Siap untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Mudah Masak Sambal Udang Petai Tempe Yang Sedap. Pasti Menjilat Jari Dibuatnya!

 

Nampak menarik dan mudah je cara penyediaannya. Orang Malaysia memang gemar dengan makanan korea dan jepun ini. Dengan satu hidangan yang kecil, sekali suap tapi dapat makan bersama nasi, daging dan sayur-sayuran.

Kepada semua penggemar makanan korea atau jepun, apa kata anda semua mencuba resepi ini dirumah. Lebih terjamin dan confirm buat anda lebih puas hati.

Entah bila lagi lah kita boleh bercuti kenegara luar. Memandangkan tak boleh lagi nak bercuti, apa kata kita cuba je resepi kimbap ala korea ini dirumah. Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open