Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Bakar Pandan Yang Mudah Nak Buat. Lembut Dan Confirm Sedap Ye!
Ada tak kat sini penggemar kuih tradisional? Kalau ada, apa kata kita follow resepi kuih bakar pandan ni. Memang sedap dan beraroma daun pandan. Confirm korang suka dan nak lagi. Kuih ni sesuai sangat di jadikan menu minum petang.
Tok nek moyang kita dulu bakar kuih ni guna sabut kelapa dan arang. Nampak macam siksa jugak sebab asap dia boleh tahan kuat. Tapi bau dia memang memikat. Zaman sekarang semua dah mudah. Boleh buat kuih bakar pandan ni guna oven je.
Ada beberapa tempat yang jual kuih ni dan masih menggunakan kaedah memasak cara lama. Iaitu menggunakan sabut kelapa. Teksturnya pulak lembut didalam dan garing di bahagian atas. Makan kuih ni tak jukup sepotoog ye.
Bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih bakar pandan ni takde lah banyak mana pun. Tapi, untuk mendapatkan warna hijau yang cantik, daun pandan yang banyak sangat di perlukan. Nak tambah sedikit pewarna pun boleh.
Resepi kuih bakar pandan ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Aisyah Nasa. Confirm korang teruja dengan hasilnya. Resepi ni dah viral 3.5k share kat Facebook. Tak rugi korang try buat sendiri kat rumah.
RESEPI KUIH BAKAR PANDAN
Kuih ni biasanya di jual oleh peniaga kecil di gerai-gerai tepi jalan. Di jual waktu pagi untuk sarapan dan petang untuk juadah minum petang. Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan dan step penyediaannya kuih ni. Rujuk step di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 8 helai daun pandan
- 1 cawan air
- 2 cawan santan
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 3 biji telur
- 2 sudu besar margerin
- ½ sudu kecil garam
- 1 sudu kecil asen vanilla
- 1 sudu kecil pewarna hijau (optional)
- Sedikit Bijan
CARA PENYEDIAAN KUIH BAKAR PANDAN :
▶️ Sebelum membuat adunan, panaskan oven pada suhu 170.
▶️ Blend kan 1 cawan air Bersama daun pandan dan tapiskan.
▶️ Masukkan semua bahan kecuali bijan kedalam blender then blend rata.
▶️ Tapis adunan ,tuangkan ke dalam loyang yang disapu margerin/minyak.
▶️ Taburkan bijan di atas permukaan adunan.
▶️ Bakar di dalam oven selama 40 minit sehingga permukaan kuih bakar kelihatan garing dan perang.
▶️ Cucuk kuih bakar dengan lidi, kalau lidi bersih bermakna kuih bakar sudah masak.
▶️ Pastikan kuih bakar betul-betul sejuk sebelum dipotong.
BACA JUGA : Resepi Ayam Masak Hijau Yang Marvellous. Confirm Sedap Dan Bertambah Nasi Dibuatnya!
Siap untuk dihidang! Pastikan kuih bakar betul-betul sejuk sebelum dipotong sebab semasa panas, tekstur kuih bakar ni sedikit lembik. Jadi tak cantik pulak masa nak hidang nanti. Bau kuih memang sedap sangat! Patutlah ramai yang suka.
Kuih tradisional macam kuih pandan bakar ni memang tak boleh dilupakan. Takut mati ditelan zaman. Korang boleh je buat kuih ni bila ada majlis kenduri kat rumah. So, anak-anak boleh la cuba makan nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Aisyah Nasa kerana sudi berkongsi resepi kuih bakar pandan yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!