Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi keli berlado yang sedap, mudah dan simple cara masaknya. Wajib Cuba!

0 715

Resepi masak keli berlado sama dengan resepi ikan keli goreng berlado. Konsep memasak yang sama tapi nama sedikit berbeza. Ikan keli mesti di goreng garing terlebih dahulu sebelum di lumurkan dengan sambal tumis.

Seperti yang kita tahu, resepi berlado ini merupakan teknik memasak khas Minangkabau dengan cara menumis cili giling dengan pelbagai rempah, biasanya bawang merah, bawang putih dan juga limau nipis.

Sambal berlado boleh dimakan dengan ayam, daging, ikan juga sayuran. Cara memasak berlado ini sangat popular di Malaysia. Lebih-lebih lagi orang negeri sembilan yang sukakan pedas dalam masakkan.

Resepi masak keli berlado kali ini dikongsikan oleh Cik Puan Sue Reduan Jutawan. Jika anda penggemar masakan pedas seperti berlado, anda wajib cuba resepi ini. Beliau menggunakan ikan keli untuk di gaul bersama sambal tumis berlado.

Ikan keli adalah ikan air tawar yang jadi kegilaan ramai. Ikan keli bukan sahaja boleh dimasak berlado tapi juga sedap dimasak lemak cili api. Ikan keli juga popular dengan masakan yang di panggil pecah leleh.

 

RESEPI MASAK KELI BERLADO

Resepi masak keli berlado ini banyak dihidangkan di kedai-kedai makan. Ia selalu dihidangkan untuk makan tengahari dan dijadikan nasi bungkus. Jom ikuti resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan goreng ikan keli : 
  • Ikan keli (disiang dan dibersihkan)
  • Serbuk kunyit
  • Garam secukupnya

 

Bahan kisar :
  • 2 labu Bawang bombay
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia besar ibu jari
  • Serai 2 batang
  • Cili padi 15 biji

 

Bahan-bahan lain :
  • 2 sudu sos ikan
  • Garam + bahan perasa (secukupnya)
  • Gula (secukupnya)
  • Asam jawa (ikut masam yang kita nak)

CARA PENYEDIAAN MASAK KELI BERLADO :

▶️ Mula-mula goreng ikan keli yang telah digaul bersama serbuk kunyit dan juga garam. Siap goreng dan ketepikan.

▶️ Panaskan minyak, dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau.

▶️ Masukkan sos ikan, gula, garam dan perasa secukupnya. Gaul sebati.

▶️ Masukkan air asam jawa sesudu atau ikut masam yang kita nak. Kacau sebati.

▶️ Terakhir sekali, masukkan ikan keli yang sudah digoreng tadi. Gaul rata dan siap.

 

BACA JUGA: Resipi Roti Telur Kepit Yang Simple, Mudah Dan Sedap Dimakan. Confirm Tak Cukup Sekeping!

 

Wah! Confirm puas hati bila makan keli berlado ni. Terutama pada penggemar masakan yang pedas. Penyediaannya juga amat ringkas. Sesiapa pun mampu menyediakannya.

Kebiasaannya ikan keli juga akan digoreng bersama tepung jagung untuk mendapatkan habuk atau kerak tepung goreng. Kerak tepung goreng ikan keli ini sedap sangat di gaul dengan nasi semasa makan keli berlado ini. Lagi bertambah selera!

Yang mahu mencuba resepi masak keli berlado ini, anda dialu-alukan mencubanya. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open