Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Laksa Terengganu Kuah Putih. Nak Makan Dengan Dengan Laksam Pun Boleh!

0 6,185

Ada tak penggemar laksa Terengganu kat sini? Apa kata hari ni korang follow resepi laksa Terengganu kuah putih kat sini. Nak makan kuah putih tu dengan laksam pun boleh. Sedap sangat! Hujung-hujung minggu ni bolehlah buat untuk family nanti.

Laksa Terengganu ni boleh di masak dengan dua cara. Samada kuah putih ataupun kuah merah. Laksa Terengganu kuah putih ni juga popular kat Terengganu. Terksur kuahnya pekat dan berlemak. Memang berbeza dengan kuah laksa Penang dan Johor.

Laksa Terengganu juga akan di hidang dengan ulam-ulaman seperti kobis, taugeh, timun, kacang panjang dan daun kemangi. Ianya juga akan di makan bersama dengan sambal belacan. Sebab biasanya kuah putih ni akan di masak sedikit tawar supaya lebih sedap bila di makan dengan sambal belacan.

Korang yang suka makan ulam-ulam dan gemar makan laksa, wajib cuba laksa Terengganu kuah putih ni. Sesuai juga di jadikan hidangan untuk rumah terbuka atau majlis-majlis keramaian di rumah. Macam-macam jenis laksa ada kat Malaysia ni kan. Semua ada keenakannya yang tersendiri.

Untuk laksa Terengganu kuah putih, korang boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Encik Zaky Mat Ali ni. Tak rugi korang try tau! Kalau ngam dengan tekak, nak jual kat taman korang pun boleh. Cod je! Dapat lah orang lain mencuba juga.

 

RESEPI LAKSA TERENGGANU KUAH PUTIH

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Bahan-bahan kat bawah ni adalah sukatan untuk 10 orang makan ye. Boleh adjust kalau nak kurangkan atau lebihkan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kuah :
  • 1 kilo ikan selayang segar
  • 8 ulas bawang merah dikisar
  • 2 inci halia dikisar
  • Satu sudu biji lada hitam dikisar
  • 500 gram Santan
  • Sedikit garam / gula
  • Satu biji limau nipis

Bahan untuk ulam :
  • Kubis
  • Timun
  • Tauge
  • Kacang panjang
  • Daun kemangi

CARA PENYEDIAAN LAKSA TERENGGANU KUAH MERAH :

▶️ Ikan disiang dan direbus dengan sedikit garam dan 1 keping asam keping. Kemudian, kisar ikan dengan menggunakan air rebusan.

▶️ Panaskan periuk. Tuang ikan yang telah dikisar serta semua bahan kisar beserta santan. Tambah air mengikut kesesuain. Kacau kuah dengan api perlahan dan perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Kuah perlu sentiasa di kacau agar tidak berkeladak dan pecah minyak.

▶️ Bila kuah nampak agak pekat tutup api.

▶️ Perah limau nipis. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Karipap Homemade Yang Rangup Dan Sedap. Buat Sendiri Lagi Puas Hati. Nak Frozenkan Pun Boleh!

 

Siap untuk dihidang! Wah, makan dengan perahan limau nipis tu boleh kecur liur dibuatnya! Memang sedap sangat. Nak buat pun mudah je. Buat kuah banyak-banyak pun takpe sebab boleh simpan dalam peti. Nanti korang boleh makan pula dengan laksam.

Untuk pengetahuan korang, Encik Zaky Mat Ali ni memang gemar berkongsi pelbagai resepi di Facebook. Semua pun nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Biskut brownies tu memang boleh sangat kalau nak cuba! Makan sambil tengok tv, tak sedar habis sebalang dibuatnya.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi laksa Terengganu kuah putih ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open