Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Bubur Biji Nangka Yang Mudah Dan Lazat. Lembut Juga Tak Liat Hasilnya!

0 2,784

Resepi bubur biji nangka merupakan sejenis kuih tradisional yang berkuah. Ianya juga dikenali sebagai bubur manis yang popular di Pantai timur Malaysia. Kuih biji nangka ini juga sering dijadikan pemanis mulut semasa berbuka puasa dibulan ramadhan.

Bubur nangka ini juga boleh dihidang panas-panas atau sedikit suam. Untuk menghasilkan biji nangka dalam bubur ini, penggunaan tepung pulut sangat diperlukan.

Bubur ini diaromakan dengan daun pandan. Dimana untuk menghasilkan biji nangka, tepung pulut akan diwarnakan dengan warna hijau asli dari pati daun pandan. Tekstur kuahnya pekat berlemak dan pastinya memikat hati anda.

Lebih memudahkan anda bila menggunakan warna hijau daun pandan. Ini kerana selain mendapat warna hijau, anda juga perolehi aroma wangi dalam daun pandan tesebut. Boleh juga dipelbagaikan warnnya ikut kesukaan masing-masing.

Resepi bubur biji nangka ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Hanna Yasmeen. Sangat mudah dan tak renyah sebab tidak memerlukan bahan yang banyak dalam penyediaannya.

 

RESEPI BUBUR BIJI NANGKA

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan dalam resepi bubur biji nangka ini. Kalau bahan memasak dah ada, boleh kedapur terus untuk mencubanya. Bolehlah dijadikan minum petang anda bersama keluarga tersayang.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Seketul gula melaka
  • 5 sudu gula (pandai pandai ejas)
  • 1 kotak santan kara
  • 2/3 sudu sagu biji (direndam)
  • Sehelai daun pandan (diikat)

 

Bahan biji nangka :
  • 1/2 kg tepung pulut
  • 4 helai daun pandan (diblend dan dapatkan pati daun pandan)
  • Sedikit air

CARA PENYEDIAAN BUBUR BIJI NANGKA :

▶️ Mula-mula buat adunan biji nangka. Adun sampai ala ala tak melekat pada tangan.

▶️ Didihkn air dan gentel adunan biji nangka tadi. Terpulang nak buat bulat kebujur pun boleh. Masukkan adunan biji nangka dalam air mendidih.

▶️ Bila biji nangka ini dah masak ianya akan timbul. Kemudian, angkat dan direndamkan dalam air.

▶️ Seterusnya, didihkan air dengan gula melaka dan gula pasir. Biarkan larut seketika.

▶️ Kemudian, masukkan santan. Dah agak-agak mengelegak boleh masukkan biji sagu dan biji nangka tadi. Masak sekejap. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Gulai Daging Rebung Yang Sedap Memikat Hati. Ala-Ala Gulai Kawah Rasanya!

 

Mudah sangatkan! Kalau nak makan sejuk-sejuk pun seronok juga. Masukkan dalam peti dalam keadaan suam ye. Ada juga yang mencampurkan halba untuk mendapatkan rasa yang unik dalam hidangannya. Nak letak pun boleh, tak nak letak pun boleh.

Selain daripada menggunakan pewarna hijau dari daun pandan asli, anda juga boleh menggunakan pewarna epal hijau. Warnanya juga hampir sama tetapi berbeza dari segi aromanya.

Musim PKP ni, ada juga yang tengah berpuasa. Nak diet raya katanya. Bebuka nanti bolehlah cuba resepi bubur biji nangka ini. Semoga ianya bermanfaaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open