Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Dan Koci Labu Tanpa Kukus. Sedap Dan Berlemak Rasanya!

0 1,553

Ada tak yang terasa nak makan kuih koci untuk berbuka puasa nanti? Kalau ada, apa kata anda follow resepi kuih koci pulut hitam dan koci labu di sini. Tips untuk dapatkan kuih koci yang sedap dan cantik elok bentuknya pun ada share sekali.

Seperti yang kita tahu, kuih koci diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan di dalamnya. Manakala di bahagian luar koci pula akan disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan.

Nak buat kuih koci ni ada tipsnya. Antaranya kena kacau doh yang dah dimasak dalam santan guna senduk kayu untuk elak doh senang pecah. Tips kedua, buat santan terlebih dahulu sebelum masak doh di dalam air. Sebab since doh dah masak, kena terus masukkan dalam santan. Kalau tak nanti melekat.

Tips ketiga, Setelah inti siap dimasak. Sejukkan sebentar. Masukkan dalam freeze atas. Setelah agak-agak dah sejuk dan beku. Keluarkan dan bulatkan inti. Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti kedalam doh. Takde la melekit nanti. Kerja pun jadi cepat.

Tips terakhir, Untuk dapatkan size kuih yang sama besar, timbang inti 10gm dan doh 20gm setiap satu. Leceh tapi berbaloi. Jom kita follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Diena Anilda ni. Confirm puas hati dengan hasilnya.

 

RESEPI KUIH KOCI PULUT HITAM DAN KOCI LABU

Resepi ni mudah nak follow sebab ada tips sekali. Lengkap pulak tu. Resepi ini juga adalah turun temurun dari resepi arwah mak Cik Puan Diena Anilda tau. Sehinggakan resepi ni pernah menjadi sumber pendatan beliau sebelum ini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk Inti koci 200++ biji :
  • 1500 gm Kelapa (Lebih kurang 4 biji kelapa)
  • 370 gm gula merah
  • 1kg gula
  • 6 cawan air
  • 6 helai daun pandan
  • 2 sudu kecil garam
  • 10 sudu tepung gandum (last sekali untuk bagi sedikit kental)

 

Bahan untuk doh pulut hitam 50++ biji :
  • 500 gm tepung Pulut
  • 2-3 sudu tepung Pulut hitam (Beras pulut hitam di kisar + ayak)
  • Santan cair/Air (Untuk uli)

 

Bahan untuk doh labu 50++ biji :
  • 500 gm Tepung pulut
  • 500 gm labu (direbus + dilecek)
  • Santan cair/Air (Untuk Uli)

 

Bahan untuk dadih santan :
  • 200gm kelapa parut (Blend dengan 2 liter air, kemudian tapis)
  • 10 sudu tepung beras
  • 10 sudu tepung jagung
  • 3 helai daun pandan
  • Garam & Gula secukup rasa

CARA PENYEDIAANN KUIH KOCI PULUT HITAM DAN KOCI LABU :
Cara penyediaan inti :

▶️ Masak gula merah + air sehingga larut. Tapis guna tapis kain.

▶️ Masak semula gula merah yang dah ditapis + gula pasir + garam + daun pandan sehingga gula pasir larut.

▶️ Masukkan Kelapa. Kacau sehingga kering.

▶️ Bila tolak sedikit inti dengan senduk, kelihatan berbuih-buih didasar kuali, maksudnya inti dah nak kering, boleh masukkan tepung gandum untuk jadikan inti lebih kental.

▶️ Tutup api. Siap dan ketepikan.

Cara penyediaan doh pulut hitam :

▶️ Masukkan air/santan cair sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.

▶️ Ambil inti dan masukkan dalam doh dan bulatkan. Gris loyang dengan sedkit minyak.

▶️ Didihkan air panas. Setelah mendidih masukkan doh.

▶️ Kalau dah timbul, angkat doh dan terus gaul dalam dadih santan yang telah dimasak.

▶️ Bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur atas api. Siap!

Cara penyediaan dadih santan :

▶️ Kisar kelapa + air. Tapis guna tapis kain.

▶️ Masukkan tepung beras + tepung jagung. Tapis sekali lagi guna tapis teh je sebelum pasang api.

▶️ Masakkan sehingga pekat bersama beberapa helai daun pandai untuk aroma yang wangi.

▶️ Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Masak Ikan Siakap Sambal Kicap Pedas Thai. Resepi Simple Dan Sedap Sangat!

 

Siap untuk dihidang! Lengkap la hidangan kuih koci kita. Resepi ni tak perlu kukus ye. Mudah kan. Dadih santan pula kene pandai adjust. Jangan cair dan pekat sangat. Kalau tercair, bancuh sedikit tepung beras tambah air. Tapis dan masukkan dalam dadih.

Kalau pekat tambah air panas dan masak sampai dadih plupp..plupp..plupp untuk tahan lama. Untuk dadih ni takde sukatan yang betul-betul tepat ye. Ikut seni tangan masing-masing je.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Puan Diena Anilda kerana sudi berkongsi resepi kuih koci pulut hitam dan koci labu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua dibulan Ramadhan ini. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open