Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi kek lumut kukus yang paling lembut, moist dan sedap. Warnanya pun lawa sangat!
Korang pernah dengar tak kek lumut? Kek ni betul-betul sebijik warna lumut. Kena kukus ikut masa yang betul, barulah dapat hasilkan kek lumut kukus yang cantik warnanya. Ramai yang kata, kek ni lagi lama di simpan lagi sedap ye. Jom follow resepinya disini.
Mood raya masih on lagi! Maklumlah 2 tahun raya PKP. Life kita pun dah nak normal sekarang ni, bolehlah korang buat kek ni untuk hidangan tetamu yang datang beraya di rumah nanti. Kot korang ada buat open house kan. Memang teruja tetamu korang tengok kek ni nanti tau!
Sekali padang kek ni memang jatuh cinta dengan warnanya. Rasanya pun sedap. Ada campuran nestum dan horlicks. Kalau beli kat luar kek ni boleh tahan mahal juga. Lagi berbaloi buat sendiri! Jimat banyak pulak tu. Korang pun mesti akan puas hati dengan hasilnya.
Kalau korang jenis yang kreatif, kek ni juga boleh di jadikan kek hari jadi anak-anak. Anak-anak mesti seronok dapat kek homemade dari ibu. Air tangan ibu lah katakan. Boleh juga di jadikan menu untuk jamuan Hari Raya di tempat kerja. Kat tempat kerja kan biasa ada buat makan-makan raya, korang bawalah kek ni.
Resepi kek lumut kukus ini telah di kongsikan oleh neorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Hairiyah Hassim. Nampak cantik sangat hasilnya. Sebab tu saya syorkan korang follow resepi ni. Untuk pengetahuan korang, resepi ni juga dah viral 7.3k share kat Facebook tau!
Resepi Kek Lumut
Korang yang plan nak buat kek ni, boleh tengok satu persatu bahan-bahan yang di perlukan dan bagaimana cara penyediaan kek lumut kukus ni di sini.Follow je sebijik-sebijik, confirm menjadi. Tekstur kek ni juga lembut dan moist! Mesti korang tak muak nak makan nanti.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 6 biji telor
- 250g unsalted butter (guna buttercup pun boleh)
- 1 tin susu pekat
- 1 tin horlicks
- 1 cup kaya yang kecik tu
- 1/2 tin nestum (blend)
- 1 tin tpg gandum
- esen vanilla
- 3sb perisa pandan
- pewarna hijau (star brand)
**tin tu guna tin susu pekat tu je
CARA PENYEDIAAN KEK LUMUT :
▶️ Mixed butter sampai kembang.
▶️ Masukkn telor satu-satu. Setiap 1 putar dalam 2 minit macam tu.
▶️ Masukkn esen vanilla perisa pandan pewarna hijau dan putar lagi.
▶️ Masukkn susu pekat horlick kaya dan nestum.
▶️ Masukkan pula gandum dan gaul sebati.
▶️ Masukkan dalam loyang/tipuware. Jangan sampai penuh ye sebab kek ni akan naik walaupun takde bahan penaik.
▶️ Tutup kek dengan alluminium foil/plastik wrap. Hentak sikit loyang dan kukus dengan api sederhana selama 3 – 6 jam.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Nasi Daging Utara Simple. Daging Lembut Dan Nasi Pun Cantik Helok, Confirm Nak Lagi!
Siap untuk di potong dan di hidang! Wah, lawa kan kek ni. Tak guna serbuk penaik pun tetap jadi elok je. Tetamu datang tengok pun tertarik. Lagi-lagi kalau kek yang tuan rumah buat sendiri. Mesti lain rasanya dari beli kat kedai kan. Bagi kat anak-anak pun laju je mereka makan.
Kek ni juga boleh di jadikan hidangan minum petang korang sekeluarga. Bosan makan kuih goreng-goreng bolehlah try kek lumut ni. Mudah sangat nak buat. Cuma nak kukus tu ambil masa sikit.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Nor Hairiyah Hassim atas perkongsian resepi kek lumut kukus ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!