Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Gulai Daging Rebung Yang Sedap Memikat Hati. Ala-Ala Gulai Kawah Rasanya!

0 3,347

Pernah cuba resepi gulai daging rebungRebung merupakan pucuk buluh yang masih muda dan lembut. Rebung biasanya dicampur dalam masakan seperti dalam lauk gulai. Jika ada majlis kenduri kendara, resepi ini mesti termasuk dalam menu yang disediakan.

Gulai daging rebung adalah salah satu resepi yang popular diutara semenanjung terutama negeri Kedah dan Perlis. Gulai daging rebung ini juga lebih kurang sama seperti gulai kawah yang dimasak semasa kenduri. Rasa gulainya mengingatkan kita keenakan gulai kenduri dikampung.

Dah lama rasanya tak dapat berkumpul dengan keluarga dalam majlis kenduri kan. Rindu sangat rasanya. Semoga Allah SWT mengangkat penyakit yang melanda negara kita ini, Amin. Rebung juga banyak manfaatnya yang kita perlu tahu.

Antara manfaatnya adalah dapat menjaga tekanan darah, baik untuk diet, melindungi jantung dan macam-macam lagi. Pernah dengar pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ seakan menggambarkan rebung ini muda dan lembut.

Begitu jugalah dalam kehidupan. Untuk sihat dari awal lagi kita kena menjaga pemakanan kita. Apa kata hari ini kita ikuti perkongsian resepi yang menggunakan rebung dałam masakan yang dikongsikan oleh Cik Puan Zihan Remy ini. Pasti seronok!

 

RESEPI GULAI DAGING REBUNG 

Jika tiada rebung, anda boleh gantikan rebung dengan batang pisang ataupun kentang. Batang pisang juga mesti diambil bahagian pucuk mudanya. Cuma bergetah dan perlu dibersihkan dahulu. Jom masak rebung!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Daging (dibersih dan dihiris)
  • Rempah daging babas (dicampur dengan sedikit air)
  • Kerisik
  • Santan
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
  • Daun kari
  • 4 sekawan (serba sikit)
  • Garam secukup rasa
  • Rebung (dihiris)

 

Bahan kisar :
  • Halia
  • Bawang besar
  • Bawang putih

CARA PENYEDIAAN GULAI DAGING DAN REBUNG :

▶️ Mula-mula hiris rebung dan rebus sehingga lembut dan toskan.

▶️ Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bahan kisar untuk menumis. Bila dikisar kuah akan pekat sedikit dari dihiris.

▶️ Kemudian, masukkan daun kari dan 4 sekawan bersama serbuk kari dan kerisik. Masak sampai pecah minyak. Guna api perlahan sahaja.

▶️ Masukkan daging dan gaul rempah. Gaul bagi rata dan biarkan seketika.

▶️ Masukkan santan dan air secukupnya, kacau rata. Masak sampai daging empuk. Masa ni bolehlah dimasukkan rebung sekali.

▶️ Perasakan dengan garam secukup rasa. Tunggu sehingga kuah pekat dan matikan api. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Bubur Kacang Hijau Yang Mudah Dan Marvelouss. Lemak Manis Rasanya!

 

Siap untuk dihidang! Wah makan dengan nasi putih yang panas-panas ni seronok sangat. Banyak lagi manfaat gulai yang anda perlu tahu. Kalau tak selalu nak makan pun buatlah 2 minggu sekali.

Di Jepun rebung ini dipanggil sebagai ‘raja sayur’ disebabkan banyak nutrisinya. Ianya juga antara makanan yang dapat mencegah kanser dan mengurangkan kolestrol. Sebab itu dah semakin banyak masakan yang menggunakan rebung.

Bila dicampur dalam masakan, ramailah yang gemar nak makan rebung ni. Nak baca banyak info lagi tentang rebung boleh google je. Semoga resepi gulai daging rebung ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open