Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Kuih Nona Manis Pandan. Guna Acuan Lompang Je Pun Boleh!
Kalau bulan puasa, memang wajib cari kuih nona manis pandan ni di bazaar Ramadhan. Nak boleh jumpa hari biasa memang susah sikit. Time bulan puasa tu hari-hari ada yang jual. Tapi tu dulu lah tau.
Sekarang ni semua orang dah pandai menjual atas talian. Order je nak kuih apa, ramai peniaga yang jual dan mencari income dengan kuih-muih macam ni.
Baru-baru ni, terjumpa lah resepi nak buat nona manis pandan ni dengan cara yang paling simple dan mudah. Bila baca step by step yang dikongsikan nampak macam senang nak follow.
Oleh itu, hari ni saya kongsikan resepi yang disharekan oleh Cik Puan Ohhyinn Yiyinn ni kepada korang semua. Kalau yang mana suka makan kuih nona manis pandan ni, wajib cuba!
Jom saya kongsikan apa bahan yang digunakan untuk buat kuih nona manis pandan ni dan Langkah demi Langkah cara nak hasilkan kuih yang sedap dan marvellous.
RESEPI KUIH NONA MANIS PANDAN
Kalau nak buat warna lain, kuih nona jagung, atau kuih nona keladi , Teknik dan cara tak sama tau. Jadi yang saya kongsikan ni untuk perasa pandan sahaja.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 biji telur
BAHAN A :
- ½ cawan santan
- ½ cawan air pandan
- ¼ cawan gula
- ¼ cawan tepung jagung
- Garam secukup rasa
- Pewarna Hijau
BAHAN B :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- ½ cawan gula
BAHAN C :
- 1 cawan santan
- 1 sudu tepung gandum
- Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN KUIH NONA MANIS PANDAN :
▶ Mula-mula sekali, masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan sampai berkilat.
▶ Bila dah likat dan berkilat, biarkan seketika.
▶ Untuk bahan B, kisar sampai halus dan sekata. Kemudian tuangkan ke dalam periuk yang terdapat Bahan A tadi. kacau dengan api perlahan sampai sebati.
▶ Seterusnya, pecahkan sebiji telur dan teruskan kacau sampai masak sekata. Dah sebati, tutup api.
▶ Dalam periuk lain, masukkan semua bahan C ke dalam periuk dan masak dengan api yang perlahan sampai berkilat.
▶ Bila adunan dah sebati, masukkan ke dalam bekas sos supaya mudah untuk dipicit.
▶ Panaskan pengukus. Oles acuan lompang dengan sedikit minyak.
▶ Kemudian, masukkan adunan hijau. Diikuti adunan putih di bahagian tengah.
▶ Kukus selama 10 minit dengan api sederhana.
BACA JUGA: Cara Buat Yong Tau Fu Persis Pasar Malam. Tip Buat Kue Teaw Homemade!
▶ Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum keluarkan daripada acuan. Sebab jika keluarkan dalam keadaan panas, kuih kita masih lagi lembut. Nanti tak cantik kejadiaannya.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan! Nak lagi cantik, gunting sedikit daun pandan dan hiaskan di atas kuih kita.
Ramai yang suka tau kuih nona manis pandan ni. Jadi grab peluang jana income dengan buat kuih nona manis pandan ni. Sedap dan cukup rasa dia. Untuk 1 adunan boleh dapat dalam 25- 30 biji bergantung kepada saiz acuan yang digunakan.
Follow je resepi yang saya kongsikan ni. InsyaAllah akan dapat hasil yang lembut dan sedap. Selamat mencuba buat semua yang baru je belajar resepi nona manis pandan ni. Semoga bermanfaat!