Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Cucur Kembang Yang Gebu Dan Lemak Manis. Anak-Anak Pun Suka! 

0 4,117

Orang kita ni memang gemar dengan cucur. Apa saja jenis cucur atau cekodok pasti ada penggemarnya yang tersendiri. Termasuklah cucur kembang yang gebu dan sedap ini. Sangat mudah dibuat dan pastinya tidak menggunakan bahan yang renyah.

Bahan utama dalam penyediaan cucur adalah tepung. Boleh dipelbagaikan rasanya ikut cita rasa masing-masing. Contohnya cucur bawang, cucur lemak manis, cucur sayur, cucur udang dan macam-macam lagi.

Kebiasaanya cucur akan dihidang waktu petang bersama minuman panas. Kalau duduk kampung, mak kita mesti buat cucur petang-petang. Bila ada tetamu yang datang kerumah, cucur juga antara kuih muih yang biasanya dihidangkan.

Resepi cucur kembang ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Umi Watie. Pelbagai resepi yang beliau kongsikan buat rakan-rakan Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.

Kepada semua penggemar cucur, apa kata anda cuba resepi cucur simple ini. Sekejap je siap dan laju je masuk perut. Rasanya juga tak kurang sedapnya. Cukup dengan rasa lemak manis. Nak makan dengan sambal tumis pun sedap.

 

RESEPI CUCUR KEMBANG

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa panggil cucur kembang? Sebab cucur ini akan dicampur dengan pengembang roti iaitu yis. Hasil cucur yang digoreng nanti akan mengembang dan cantik kejadiannya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sdb gula
  • 4 sdb susu manis
  • 3/4 cawan air
  • 2 sdb yis
  • Secubit garam
  • Air sejuk biasa

CARA PENYEDIAAN CUCUR KEMBANG :

▶️ Campurkan semua bahan dan kacau rata.

▶️ Kacau menggunakan whisk.

▶️ Perapkan dalam sejam. Tutup dengan tuala.

▶️ Lepas perap elok menggebu, panaskan minyak.

▶️ Basahkan tangan supaya mudah nak jemputkan adunan.

▶️ Jemputkan dalam minyak yang panas. Guna tangan lagi mudah.

▶️ Gorengkan sampai kekuningan kedua-dua bahagian.

▶️ Dah elok masaknya, bolehlah diangkat. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Sos Tiram Madu Yang Mudah Dan Sedap. Masak Guna Air Fryer Je!

 

Cucur ni sedap sangat dimakan panas-panas. Nak layan sambil tengok citer Korea pun boleh. Adunan tepung yang sudah diperap seakan adunan donat. Tapi sedikit lembut dari doh donat.

Ada juga orang makan cucur manis ni dengan ikan goreng tau. So, kalau ada lebihan ikan goreng lauk tengahari, bolehlah cuba makan dengan cucur ni. Sedap sangat! Jangan lupa cicah dengan sambal tumis. Barulah padu!

Macam-macam resepi kuih muih ada kat blog ni. Kalau takde idea nak buah hidangan minum petang, apa kata anda search je kat sini. Semoga resepi cucur kembang ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open