Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Buat Air Koktail Bersoda Macam Ni. Sekejap Je Boleh Habis Licin!

Air koktail
0 12,070

Janganlah air macam ni lalu di waktu tengah hari bulan puasa. Memang boleh buat kita terliur tau. Kalau jumpa koktail bersoda ni, lalu cepat-cepat dulu. Buat untuk berbuka memang sedap. Dengan hausnya, bercawan-cawan diminumnya nanti.

Kalau perasa, ada juga yang jual koktail di bazaar Ramadhan atau pasar malam kan. Tapi disebabkan nak sejuk, jadi terpaksa masukkan ais. Namun, koktailnya jadi sedikit tawar dan tak berlemak sedap.

Kalau saya rasa nak makan koktail, memang saya pilih untuk buat sendiri je. Lebih sedap dan terjamin bahan-bahannya. Hehe. Confirm licin yang penting.

Dalam koktail ni, biasanya kita letak apa yang kita nak makan. Masukkan je semua yang menyejukkan badan, buah-buahan yang kita suka. Makan pula sejuk-sejuk, nalaa!

Macam resepi ni, dikongsikan oleh Cik Puan Noor Fatimah. Beliau kongsikan cara yang sering dibuat dan hasilnya memang berbaloi-baloi nak buat.

 

RESEPI KOKTAIL

Kalau siapa yang suka makan koktail, cuba buat ikut resepi ni. Sebab cara ni sedikit berbeza kerana kita gunakan soda. Rasa dia lagi sedap dan segar. Serious!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 tin susu cair
  • 1 tin kecil ice cream soda
  • 1 tin buah laici tin
  • 1 biji buah naga merah/ putih
  • Nata de coco
  • Sumi pelbagai rasa
  • Buah-buah sebenar
  • Ais

CARA PENYEDIAAN KOKTAIL :

▶ Mula-mula sekali basuh semua buah bersih-bersih.

▶ Potong buah kepada bentuk dadu dengan saiz yang lebih kecil supaya mudah nak makan.

▶ Campurkan semua bahan-bahan ke dalam 1 mangkuk besar.

▶ Masukkan ais, aiskrim soda dan juga susu cari sejat.

▶ Kacau dan biarkan sejuk seketika.

▶ Ada juga yang suka masukkan daun pudina dan serai untuk rasa berangin.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Ikan Pekasam Homemade. Guna 4 Bahan Ni Jer Rupanya!

 

Wow! Mudah sangat nak hasilkan rasa koktail yang sedap, berlemak, dan berangin macam ni kan. Bahan-bahan pun mudah je nak dapat semuanya. Paling simple nak buat dan rasa yang marvellous.

Ada juga saya tengok buat air koktail bersoda ni dan hidangkan ketika raya. Bila ada orang datang, hidangkan koktail tanpa ais. Jadi, bila nak minum barulah tetamu letakkan ais sendiri. Walaupun dia akan lambat sikit nak sejuk, tapi ianya lebih berbaloi sebab air nya masih sedap.

Saya harap, perkongsian nak buat koktail mudah ni dapat memberikan manfaat kepada kita semua. Save dulu mana tahu kot-kot nak buat untuk buka puasa atau hari raya nanti. Fuuh, jauh fikir kan? Hehe. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open