Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Masak Sos Tiram Madu Yang Mudah Dan Sedap. Masak Guna Air Fryer Je!
Resepi ayam masak sos tiram madu ini merupakan hidangan yang mudah disediakan. Ayam yang telah diperap akan dimasak dalam air fryer dan ditumis pula dalam kuali dengan bahan tumisan yang lain.
Air fryer adalah perkakas dapur yang fungsinya untuk menggoreng makanan tanpa minyak, menjadikan makanan anda lebih sihat dan bebas minyak. Salah satu kebaikan menggunakan air fryer ini adalah dapat mengurangkan berat badan kita.
Selain daripada menggoreng tanpa minyak, air fryer juga boleh diguna untuk memasak telur rebus tau. Tidak perlu menggunakan air, cuma perlu masukkan telur kedalam air fryer dan masak ikut masa yang ditetapkan.
Hasil masakan yang menggunakan air fryer juga lebih rangup, tidak menghilangkan rasa masakan, lebih sihat dan yang paling penting adalah praktikal. Sambil memasak, bolehlah kita mengemas rumah.
Jadi, hari ini kita akan ikuti perkongsian resepi ayam masak sos tiram madu dari Cik Puan Khadijah Jaafar. Beliau juga akan menggunakan air fryer dalam hidangan ini. Nak tahu bagaimana caranya? Jom follow resepinya disini.
RESEPI AYAM MASAK SOS TIRAM MADU
Ayam yang dah dimasak menggunakan air fryer, isinya telah masak dengan sempurna. So, masa nak tumis ayam dengan sos tiram dan juga madu nanti, anda tidak lagi mengambil masa yang lama didapur. Mudahkan!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- ½ ekor ayam
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji bawang besar holland(dihiris)
- 1 biji cili besar (dihiris)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar madu
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- Garam
Bahan perapan :
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil madu
CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK SOS TIRAM MADU :
▶️ Perapkan ayam dengan bahan perap. Kemudian, masak ayam dalam air fryer pada 200 C selama 25 minit.
▶️ Pada minit ke 15 pusingkan ayam, kemudian sambung sehingga masak.
▶️ Dalam kuali tumis bawang putih hingga naik bau wangi.
▶️ Masukkan bawang besar. Tumis seketika.
▶️ Masukkan sos tiram, madu, lada hitam dan kicap manis. Kalau suka masin boleh tambahkan sedikit garam, jangan banyak sangat sebab sos dah masin.
▶️ Masukkan ayam. Kacau rata hingga ayam dan sos sebati. Taburkan cili merah.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Cara Buat Air Oren Paling Sedap. Cuma Guna 2 Bahan Je, Ala-Ala Oren Vitagen Rasanya!
Mudahkan! Sebab tu kena masak ayam guna air fryer dulu. Kerja menumis nanti dah jadi mudah. Ok, dah boleh hidang ayam masak sos tiram madu ini dengan nasi putih panas-panas. Confirm terangkat dibuatnya!
Ayam yang dimasak, perlu diperap terlebih dahulu, barulah rasa masakan lebih enak. Lagi lama diperap lagi sedap ye. Sejak pkp ni asyik makan je duduk rumah. Mungkin perlu untuk anda masak menggunakan air fryer.
Sekurang-kurangnya, badan kita menerima makanan yang sihat dan bebas minyak. Semoga resepi ayam masak sos tiram madu ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!