Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Taufufah Simple Persis Bazaar Ramadhan. Guna 3 Bahan Garenti Sedap!

Taufu Fa simple
0 4,689

Setiap kali bulan puasa Ramadhan pasti wajib ada taufufah dekat rumah. Pergi je bazaar Ramadhan, kedai dia yang paling awal akan pergi sebab risau habis. Dapat makan time berbuka memang sedap!

Tapi sejak tahun lepas, terjumpa resepi yang paling simple nak buat taufufah ni. Paling best nak buat gunakan 3 bahan je boleh hasilkan resepi taufufah lembut dan cukup lemak manisnya. Sekali rasa, confirm suka.

Berbeza sikit dengan kedai atau di bazaar, kebiasaannya taufufah akan gunakan kacang soya yang asli. Dihasilkan dari kacang soya itu sendiri. Tapi untuk kali ni, resepi mudah ni kita hanya gunakan soya kotak sahaja.

Serious nak buat taufufah ni sangat simple dan sekejap sahaja boleh siap. Bahan yang digunakan pun senang nak dapat, dan rasa pun lebih kurang macam bazaar je.

Bagi yang baru nak belajar buat taufufah, boleh follow step by step yang dikongsikan oleh Cik Puan Intan Mazura Masri macam mana nak buat taufufah yang sedap marvellous ni. Tak sempat nak buat sekarang boleh simpan dulu supaya mudah nak rujuk bila berkelapangan.

 

RESEPI TAUFUFAH SIMPLE

Tidak hanya menunggu bulan Ramadhan, taufufah juga biasa dijual di pasar malam pada hujung minggu Kawasan perumahan kita. Jadi, kepada yang suka dan favourite makan taufufah ni, confirm senang nak jumpa.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 cawan air
  • ½ paket agar-agar tali
  • 2 liter soya kotak
  • Sedikit gula

 

BAHAN AIR GULA MERAH :
  • 1 keping gula melaka
  • 2 sudu gula putih
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • ½ inci halia

CARA PENYEDIAAN TAUFUFAH :

▶ Mula-mula sekali, masukkan agar-agar dan juga air ke dalam kuali. Agar-agar ni 1 paket 12 gram, jadi gunakan separuh sahaja. Jangan lebih!

▶ Pastikan agar-agar larut dan sebati, masukkan air soya kesemuanya. Kacau dan biarkan ia sebati dan mendidih.

▶ Boleh juga masukkan sedikit gula jika suka. Tapi kalau tak nak manis sangat, gunakan soya kurang gula. Ikut pada tahap manis yang kita suka.

▶ Soya dah mendidih ligat, padamkan api dan tuangkan ke dalam bekas. Kalau nak mudah makan, tuangkan ke dalam bekas yang kecil-kecil. Tapi jika nak mudah ianya disimpan, masukkan dalam sebekas yang besar.

▶ Sejukkan sekejap dengan suhu bilik kemudian, simpan dalam peti sejuk dalam 2- 3 jam.

▶ Untuk buat air gula, satukan semua bahan di dalam periuk. Sampai gula melaka larut sepenuhnya, kemudian tapis ke dalam bekas lain.

▶ Taufufah dah sejuk keluarkan dan sedia untuk dimakan dengan air gula merah tadi.

 

BACA JUGA: Cara Buat Nasi Dagang Terengganu. Resepi Simple Dan Mudah Dengan Rasa Padu!

 

Haa, macam mana? Senang je kan nak buat taufufah homemade ni. Dengan gunakan 3 bahan mudah je, tapi dapat makan taufufah yang lembut dan sedap berlemak. Nak buat pun senang je. Tak sampai setengah jam, dah siap.

Kalau nak buat banyak, boleh double kan portion yang saya kongsikan di atas. Mana tahu, ada yang nak buat untuk family yang ramai atau nak sedekahkan kepada jiran-jiran.

Saya harap perkongsian resepi buat taufufah ni dapat berikan manfaat kepada semua yang baca perkongsian ni. Sharekan di wall supaya lebih ramai yang dapat manfaat yang sama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open