Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kerabu Telur Masin Yang Paling Simple Dan Sedap. Kecur Air Liur Dibuatnya!
Resepi kerabu telur masin adalah hidangan paling simple dan cepat dibuat. Rasanya tak sampai 10 minit dah siap. Ada yang nak tahu macam mana nak buat kerabu telur masin ni? Jom follow resepinya disini.
Kerabu telur masin ini cukup enak dihidang bersama nasi putih panas-panas. Nak campur dalam bubur pun sedap sangat. Kerabu telur masin ini juga dihidang bersama ikan bilis, bawang, cili dan perahan limau kasturi. Boleh terangkat dibuatnya!
Cukup dengan rasa pedas, masam dan masin. Tahap kepedasannya pula boleh dikawal ikut cita rasa masing-masing. Kalau anda suka lebih pedas, anda boleh lebihkan dari sukatan asal ini.
Kerabu juga antara makanan yang cukup sihat sebenarnya, lebih-lebih lagi bila dihidang dengan ulam-ulaman. Semua bahan yang digunakan hanya perlu dihiris dan dipotong nipis, barulah digaul rata semuanya.
Kalau anda seorang penggemar kerabu, apa kata kita ikuti resepi kerabu telur masin yang dikongsikan oleh Cik Puan Rohana Benjamin ini. Sangat simple kerana tidak menggunakan bahan yang renyah untuk dicari.
RESEPI KERABU TELUR MASIN
Belum buat lagi dah kecur air liur dibuatnya. Penggemar telur masin wajib cuba resepi ni dirumah. Memang sedap! Bolehlah makan dengan lauk pauk yang lain. Apa tunggu lagi, jom kita lihat satu persatu bahan-bahannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 biji telur masin (direbus)
- 1 genggam ikan bilis (digoreng)
- 8 biji cili (dihiris)
- 1/2 biji bawang besar (dihiris)
- 2 biji bawang merah (dihiris)
- 4 biji limau kasturi (ambil jus)
CARA PENYEDIAAN KERABU TELUR MASIN :
▶️ Kupas kulit dan hiris atau potong telur masin.
▶️ Sediakan bekas untuk meletakkan semua bahan.
▶️ Gaul sebati semuanya dan siap!
BACA JUGA: Cara Buat Cucur Kembang Yang Gebu Dan Lemak Manis. Anak-Anak Pun Suka!
Siap untuk dihidang! Mudahkan nak buat kerabu telur masin ni. Boleh berebut dibuatnya! Memang tak rugi kalau nak buat banyak-banyak. Anda juga boleh menyediakan kerabu telur masin ini dengan gabungan sayuran atau ulam-ulaman.
Contoh sayur yang boleh dicampurkan adalah taugeh dan kacang panjang. Boleh pilih nak celur sayur dulu ataupun tak. Ada juga sesetengah orang yang suka makan kerabu ni dengan budu. Semuanya ikut citarasa masing-masing.
Ada macam-macam lagi cara buat kerabu telur masin ni. Nak buat ala Thai pun boleh. Next time kita share lain ye. Semoga resepi kerabu telur masin ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!