Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Red Velvet Muffin Yang Gebu Dan Sedap! Mudah Nak Buat Siap Boleh Open Untuk Jualan!
Pernah makan kek red velvet muffin yang gebu? Biasanya nak makan red velvet cake ni kene tunggu ada birthday, baru berbaloi rasa nak beli kek untuk 1 biji yang besar dan boleh makan ramai orang.
Sedap kek red velvet ni, sebab bahan-bahan yang digunakan dan warna kek yang kemerahan tu buat kita nampak berselera. Macam mewah pulak bila dihias dengan pelbagai topping yang menarik.
Tapi sekarang ni, nak makan kek red velvet dah ada ramai yang jual edisi kecil dan terjumpa satu resepi cara nak buat red velvet versi muffin! Waaah. Serious rasa tak sabar nak cuba dan nak tahu macam mana rasa dia!
Perkongsian yang dishare oleh Cik Puan Nuraliya Idayu kita ni, nampak macam mudah dan senang je nak buat. Jom saya kongsikan cara-cara dan apa bahan-bahan yang digunakan.
RED VELVET MUFFIN
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 2 cawan tepung
- 2 sudu besar serbuk coco
- ½ sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil bicarbonate soda
- ½ cawan gula kastor
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan fresh milk
- 2 biji telur
- ½ sudu kecil vanilla essence
- 1 sudu kecil red velvet emulco
- 1 cawan chocolate chip
- Pewarna makanan code : bright red
- Muffin paper cup
CARA PENYEDIAAN RED VELVET MUFFIN :
▶ Mula-mula, pecahkan telur, masukkan minyak, fresh milk, gula, vanilla essence, red velvet emulco dan juga pewarna beberapa titis ke dalam satu mangkuk besar. Whisk sampai sebati.
BACA JUGA: Ajar Cara Buat Kek Red Velvet Sedap Dan Tak Muak. Resepi Sis Ni Bantu Ramai Orang Buat Jualan!
▶ Kemudian, masukkan tepung, serbuk coco, baking powder serta bicarbonate soda dalam bekas adunan telur tadi.
▶ Kacau sampai sebati adunan tepung dan telur tu. Kalau adunan tak cukup merah, boleh titiskan lagi beberapa titik pewarna merah. Terpulang kepada kita ya.
▶ Masukkan chocolate chip, kalau nak banyak lagi boleh je add-on.
▶ Tuang adunan ke dalam cup, tabur extra chocolate chip on the top.
▶ Bakar pada suhu 160-170C selama 25-30 minit (bergantung pada oven masing-masing)
Waah! Kalau tengok dari gambar dan hasilnya, memang rasa tak sabar nak makan red velvet muffin ni. Serious kalau korang belum pernah rasa makan red velvet versi muffin, memang wajib cuba!
Red Velvet Muffin macam ni, sesuai juga dijadikan sebagai hidangan minum petang, atau sebagai jualan. Follow je resepi kek red velvet yang gebu saya kongsikan ni untuk dapatkan hasil yang super awesome!
Kepada yang baru nak mula belajar baking, boleh mula dengan cuba buat red velvet muffin ni. Bila ramai yang suka dengan muffin ni, barulah rasa puas hati dan confident nak open order pula.
Apa-apa pun, saya ucapkan selamat maju jaya dan selamat mencuba!