Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Ajar Cara Buat Kek Red Velvet Sedap Dan Tak Muak. Resepi Sis Ni Bantu Ramai Orang Buat Jualan!
Bila nak buat sambutan hari jadi, mesti ramai yang akan pilih kek indulgence dari Secret Resepi kan? Tapi tak ramai yang tahu, kek red velvet adalah kek paling sedap dan mudah nak buat!
Tapi bezanya, kek indugence ni dah tentu-tentu sedap kalau kita beli di kedai. Jika kek red velvet ni silap pilih seller akan dapat rasa yang berbeza. Ada yang terpahit, terlebih merah dan sebagainya.
Untung kita hari ni, sebab saya akan kongsikan cara nak buat kek red velvet yang sedap, tak pahit, mudah dan paling penting tak muak!
Resepi daipada Cik Puan Norlailanazira Mohd Agos ni memang nampak mudah sebab dia kongsikan step by step supaya kita mudah nak faham dan senang nak follow!
RESEPI KEK RED VELVET SIMPLE DAN SEDAP!
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
BAHAN-BAHAN BUTTERMILK :
- 240 gram susu cair
- 1 sudu besar pewarna merah
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil cuka
BAHAN PUKUL :
- 120 gram buttercup
- 150 gram gula kastor
- 2 biji telur gred A atau B
BAHAN AYAK :
- 250 gram tepung superfine
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
BANCUH :
- 1 sudu kecil bikarbonat soda
- 1 sudu kecil cuka
CARA PENYEDIAAN KEK RED VELVET :
▶ Mula-mula satukan bahan buttermilk dalam mangkuk kecil atau cawan. Biarkan selama 10 minit.
▶ Sementara dalam mangkuk mixer, pukul buttercup dengan gula kastor. Putar sampai kembang dan pucat.
▶ Pecahkan telur satu persatu. Selepas pecahkan satu, putar sehingga sebati dulu. Kemudian, pecahkan lagi satu dan putar lagi.
▶ Bahan yang sudah diayak, masukkan separuh dalam mangkuk mixer. Jangan habiskan lagi ye, sebab kita kena selang selikan dia. Putar lagi bagi sebati semua bahan.
▶ Bila dah sebati, masukkan buttermilk yang kita buat mula-mula tadi. kacau adunan supaya semua sekata.
▶ Seterusnya, masukkan baki tepung tadi. Putar dan putar lagi.
▶ Bancuh cuka dengan bikarbonat soda. Tunggu sampai buih hilang dari dalam bancuhan, tuang sekali dalam mangkuk mixer kita. Kacau menggunakan spatula je. Tak perlu mixer.
▶ Sediakan Loyang, dan oleskan dengan minyak atau marjerin.
▶ Masukkan bahan adunan kita. Bakar menggunakan api atas bawah selama 30 minit dengan suhu 170 darjah Celsius.
▶ Bila dah siap, terbalikkan atas redai. Barulah cantik! Kek dia akan jadi padat tau. Kemudian, boleh hiaskan kek dengan buttercream cheese.
BACA JUGA: Resepi Apam Milo 4 Bahan Serious Sedap Dan Mudah Nak Buat! Sekali Buat Semua Suka!
BAHAN UNTUK BUTTERCREAM CHEESE ADALAH :
- 250 gram creamcheese
- 100 gram buttercup
- 100 gram gula icing
CARA PENYEDIAAN :
▶ Pukul semua bahan ni sehingga sebati dan kembang
▶ Boleh terus guna apply atas kek kita
Nampak gambar pun dah menarik sangat tengok, belum lagi rasa. Ramai yang dah cuba buat kek red velvet ni dan kongsikan hasil mereka.
Ada yang gunakan untuk buat jualan. Ternyata resepi yang dikongsikan ni sangat- sangat sedap dan mudah nak buat. Murah rezeki owner resepi ni kan. Kita yang nak buat follow resepi Kek Red Velvet Sedap sis ni, pun boleh. Sambil-sambil tu jangan lupa doakan pemilik resepi ni.
Nak buat kek hari jadi untuk anak-anak atau ada nak celebrate apa-apa boleh buat sendiri je dengan follow resepi mudah ni. InsyaAllah siapa yang rasa, mesti akan suka!
Saya ucapkan selamat mencuba ya!