Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Fruit Pastry Cake Yang Moist. Lengkap Dengan Rasa Masam Manis Buah. Serious Sedap!

0 1,604

Resepi kek buah (Fruit Pastry Cake) sangat terkenal dikalangan rakyat Malaysia. Resepi ini pernah viral suatu ketika dulu. Dan sehingga hari ini ramai yang berkongsi resepi kek buah macam ni.

Fruit Pastry Cake merupakan resepi kek buah yang kaya dengan manisan asli buah-buahan. Dimana, buah-buahan seperti strawberry, blueberry akan digunakan untuk dijadikan bahagian topping kek.

Resepi kek buah ada pelbagai jenis. Kalau nak senang biasanya kita akan cuba guna mixed fruit atau kismis dalam kek buah kita. Tapi kali ini, kita tidak lagi menggunakan mixed fruit malah kita menggunakan buah-buahan yang asli. Untuk mendapatkan rasa masam manis buah tersebut.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Keroroyz Royz dilaman facebooknya. Resepi ini mendapat perhatian pengguna media sosial. Dan agak ramai yang share dan nak mencubanya. Mesti semua tak sabar nak cuba kat rumah kan?

Kepada penggemar kek buah bolehlah mencuba resepi fruit pastry cake ini. Tengok daripada gmbar yang dikongsikan nampak sedap dan moist kek ni. Buat sendiri lebih puas hati. Nak guna buah apa pun boleh asalkan bukan mixed fruit atau kismis.

 

RESEPI FRUIT PASTRY CAKE

Resepi ni boleh jadi hidangan hari raya juga tau. Raya pun sebulan je lagi. Yang dapat beraya bersama keluarga tu boleh la cuba resepi ni. Dapatlah menjamu selera dengan ahli keluarga. Jom follow resepi ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 210 gm tepung naik sendiri
  • 150 gm gula kastor
  • 100 gm pure butter
  • 50 gm sour cream / yogurt asli
  • 3 biji telur A
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 biji lemon/orange – parut kulitnya sahaja
  • 1/2 tsp baking powder
  • 4-5 bj strawberry hiris nipis
  • Segenggam blueberry
  • Buah peach dalam tin(dihiris)

CARA PENYEDIAAN FRUIT PASTRY CAKE :

▶️ Mula-mula panaskan oven pada suhu 170c. Sapukan butter danalas loyang 7 x 3 inc.

▶️ Satukan tepung dengan baking powder dan ayak. Cuci buah-buahan dan toskan.

▶️ Putar dengan mixer bahan iaitu (butter, sour cream dan gula) hingga putih dan gebu.

▶️ Masukkan telur satu persatu dan terus putar. Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal).

▶️ Masukkan vanilla dan kulit lemon/orange dan terus putar.

▶️ Masukkan tepung dan kaup balik rata. Mix dengan kelajuan slow dalam masa lebih kurang 2-3 minit sehingga adunan menjadi pekat.

▶️ Tuang dalam loyang. Taburkan buah-buahan atas adunan tadi.

▶️ Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 – 1 jam atau ikut oven masing-masing. Bakar sehingga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya kelihatan golden brown. Masa bakar tu bergantung pada oven, kalau oven kecil 45 minit dah cukup.

▶️ Cucuk lidi dibahagian tengah untuk pastikan kek telah masak dengan sempurna.

▶️ Terakhir sekali, untuk perangkan bahagian atas kek, perlu naikan suhu ke 180C dan bakar selama 6-7 minit.

 

BACA JUGA: Keenakan Resepi Kari Ikan Timur Laut India (Negeri Odisha). Anda Kena Cuba!

 

Yummy! Sedapnya. Kalau buat sendiri lebih berbaloi dari kita beli kat luar, kenapa kita tak nak cuba buat sendirikan? Bolehlah kita asah skill memasak kita.

Resepi ini juga, boleh dibuat untuk sambutan hari jadi. Wow! nampak tak, buat kek air tangan sendiri untuk menyambut hari kelahiran suami contohnya. Confirm suami suka. Air tangan isteri la katakan. Bertambah sayang suami dekat kita.

Semoga resepi fruit pastry cake ini memberi manfaat kepada kita semua. Dah cuba jangan lupa kongsi tau. Selamat mencuba semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open