Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Oren Sunkist Yang Gebu Dan Confirm Sedap. 100% Dari Jus Oren Sunkist Tau!
Ramai peminat kek oren ni. 100% jus oren sunkist tak masuk apa-apa perisa tau. Kek ni memang lembut, gebu dan sedap. Jom try resepi kek oren sunkist ni. Confirm korang pun suka bila makan nanti.
Kek ni boleh jadi kek hari jadi, kek minum petang atau kek hidangan untuk tetamu di majlis-majlis. Nak biar kosong bahagian atas kek pun boleh. Untuk Birthday je kena deko sikit. Kek ni pun orang buat niaga ye.
Korang rasa kalau jual kat luar, berapa harga kek ni? Mesti mahal jugak kan. Baik buat sendiri kat rumah. Boleh makan kek ni panas-panas nanti. Bau kek oren sunkist ni pun wangi. Memang berebut nak makan nanti.
Korang yang suka minum air oren sunkist boleh try buat kek ni. Tak susah pun cara buatnya. Follow je step by step dia kat sini. Confirm jadi! Nak potong oren tu macam mana pun tak kisah. Ikut kreativiti masing-masing.
Resepi kek oren sunkist ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nazliah Aliya Halim. Mudah dan semestinya sedap. Setiap kali balik kampung nenek aku selalu buat kek ni. Memang sedap giler!

RESEPI KEK OREN SUNKIST
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kek oren sunkist ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 250g butter*
- 160g gula*
- 4bj telur A
- 250g tepung gandum + 1sk baking powder (ayak)
- 90g cecair (susu fullcream + jus oren diperah)
- Parutan kulit oren (1 biji)
- Sedikit pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN KEK OREN SUNKIST :
▶️ Putar bahan * hingga kembang putih.
▶️ Masukkan telur satu per satu.
▶️ Masukkan tepung berselang seli dengan cecair.
▶️ Masukkan parutan kulit oren dan pewarna. Kacau guna spatula je bagi sebati.
▶️ Masukkan dalam loyang saiz 8″ dan bakar pada suhu 160°c selama 50 minit atau hingga masak.
BACA JUGA : Sotong Sumbat Sambal Telur Disirami Sos Ala Thai. Confirm Licin Pinggan Dibuatnya!
Telur tak payah putar lama sekadar hilang dari pandangan je. Haa, gitu. Sebijik kek dah cukup dengan sebijik oren termasuk potongan diatas kek tu. Nak elok telur tu masuk peti dulu bagi sejuk. Nak sedap lagi, guna gula perang.
Dah lama tak balik kampung nenek. Bila balik je, mesti mene siapkan kek oren macam ni. Berebut dah cucu nak makan. Takat ni, kek oren versi ni je yang dapat rasa hampir sama dengan nenek aku buat. Selalu buat time ada majlis kat rumah.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik PuanNazliah Aliya Halim kerana sudi berkongsi resepi kek oren sunkist yang lembut, gebu dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!