Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Rendang Ayam Yang Viral 267K Share Di Facebook. Boleh Lah Cuba Untuk Raya Nanti!

0 2,413

Tanpa sedar dah hampir 2 minggu kita berpuasa. Lagi 2 minggu nak raya. Nak tanya juga, semua dah ada resepi rendang untuk raya tahun ni ke? Kalau belum, apa kata save siap-siap resepi rendang ayam ni. Nak cuba dulu untuk berbuka puasa pun boleh.

Setiap kali menjelang hari raya, rendang akan menjadi hidangan utama setiap rumah. Dan akan dihidang bersama ketupat, nasi impit dan juga lemang. Rendang juga boleh di masak dengan pelbagai cara. Ada yang berwarna merah, kuning dan juga hijau.

Setiap resepi atau masakan ada keenakannya yang tersendiri. Dan bahan-bahan memasak juga sedikit berlainan. Rendang juga boleh di masak menggunakan lauk daging. Bila menjelang raya haji, hampir setiap rumah akan menyediakan rendang daging.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurul Jannah Zakariar kerana sudi berkongsi resepi rendang ayam cara beliau sendiri ini di Facebook. Resepi ni viral sehingga mendapat 267k share di Facebook tau.

Fuh! Ramai giler yang share resepi ni. Cara penyediaannya pun sangatlah mudah. Kalau nak makan dengan nasi putih berbuka puasa nanti pun boleh. Confirm bertambah nasi dibuatnya!

 

RESEPI RENDANG AYAM VIRAL

Sukatan resepi ni adalah menggunakan 1 ekor ayam atau lebih kurang berat 2 kg. So, kalau tak nak masak banyak boleh kurangkan je sukatan bahan. Jom lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 Ekor ayam/ 2kg ayam (Siap dibersihkan)
  • Cili boh
  • Garam
  • Santan kelapa/santan kotak segera
  • 1 1/2 air masak
  • Gula melaka
  • Kerisik
  • Daun limau (dihiris halus)
  • Daun kunyit (dihiris halus)

 

Bahan kisar :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kunyit
  • Serai

CARA PENYEDIAAN AYAM RENDANG :

▶️ Panaskan minyak. Kemudian, masukkan bahan-bahan blend.

▶️ Tumis dalam beberapa minit. Kemudian masukkan cili boh. Agak-agak je sebab cili api yang diblend pun tadi pun pedas.

▶️ Kacau sebati. Akan jadi macam ni dan masak seketika.

▶️ Kemudian, masukkan ayam yang siap dicuci bersih. Gaul rata ayam dengan semua bahan.

▶️ Perasakan dengan garam. Ikut selera masing-masing nak guna garam jenis kasar/halus.

▶️ Kemudian, masukkan santan kelapa/santan kotak segera.

▶️ Tambahkan 1 setengah air masak dalam kotak kara. Kerap-kerap kacau rendang supaya tidak hangus ye.

▶️ Kemudian, bila rendang agak kering sedikit masukkan gula melaka.

▶️ Diikuti dengan kerisik.

▶️ Bila gula melaka dan kerisik dah sebati, masukkan daun limau dan daun kunyit.

▶️ Masak sampai daun limau dan daun kunyit agak layu. Kemudian, tutup api.

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Belimbing Atau Churros Yang Lembut Di Dalam, Rangup Di Luar. Mudah Je Nak Buat, Sedap Pulak Tu!

 

Siap untuk dihidang! Tengok gambar pun dah terliur. Apatah lagi bila dah masak sendiri depan mata kan. Banyak lagi resepi yang di kongsikan Cik Puan Nurul Jannah Zakariar di Facebooknya. Dan semuanya nampak menarik.

Resepi pun dah ada, senang lah nak masak rendang ayam lepas ni. Follow resepi ni je senang. Jangan lupa tempah lemang untuk makan dengan rendang tau. Rasa tak lengkap pula makan rendang tanpa ketupat dan rendang kan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurul Jannah Zakariar kerana sudi berkongsi resepi rendang ayam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open