Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Lobak Masam Manis Dan Tak Muak Di Makan. Memang Sedap Ye!
Ingat tak lagi asam haw flakes? Asam tu boleh guna buat kek tau. Rasa masam manis je hasil kek tu nanti. Tak muak makan pulak tu. Haa, ni dia resepi kek lobak masam manis guna haw flakes. Confirm korang suka! Kek ni sangat sedap ye.
Yang suka baking, mesti nak cuba pelbagai kek yang unik kan. Contohnya kek lobak yang di campur dengan asam haw flakes ni. Dulu balik sekolah je, mesti aku beli asam ni. Aku panggil asam syiling sebab bentuk dia sebijik macam duit syiling.
Kek ni sesuai dijadikan kek hidangan minum petang. Ada jugak yang buat kek ni untuk kek birthday. Dah tu, deko la bahagian atas dan tepi kek dengan cream yang korang suka. Yang penting kek ni memang tak muak makan. Rasa masam manis je kat mulut.
Resepi kek lobak masam manis ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Stcaldina Ismail. Sekali pandang, ingatkan kek sosej. Rupanya kek asam haw flakes. Bila susun atas kek, haw flakes tu nampak macam sosej.
Kek lembut dan moist! Cara penyediaannya pun tersangatlah mudah. Kalau nak buat open house atau potluck ke tempat kerja. Korang buat la kek ni. Mesti ada yang tapau nak bawak balik rumah nanti.

RESEPI KEK LOBAK MASAM MANIS
Sekarang asam haw flakes dah renew packaging. Ada jugak yang takut nak beli sebab packaging dia tulisan cina. Tapi ada tanda halal ye. InsyaAllah takde masalah pun kita nak makan asam haw flakes ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 batang lobak merah (diparut)
- 3 biji telur gred A
- 3/4 cawan gula putih
- 1 penutup esen vanilla
- 2 cawan tepung gandum*
- 1 sdt baking powder*
- 1/2 sdt soda bikarbonat *
- 3 sdm susu pekat manis
- 3/4 cawan minyak
- Haw flake secukupnya
CARA PENYEDIAAN KEK LOBAK MASAM MANIS :
▶️ Ayak bahan-bahan yang bertanda (*) dan ketepikan.
▶️ Mixed telur dan gula anggaran 3 minit guna kelajuan tinggi. Masukkan esen vanilla. Mixed.
▶️ Masukkan susu pekat dan minyak. Mixed.
▶️ Masukkan tepung. Mixed.
▶️ Setelah adunan bercampur rata, masukkan lobak yang telah diparut. Kaup balikkan hingga adunan sebati.
▶️ Tuang 1/2 adunan dalam loyang saiz 8 x8 yang telah di lapik baking paper.
▶️ Bakar pada suhu 150 api atas bawah selama 10 minit. Keluarkan dan susun haw flake diatasnya.
▶️ Bakar lagi 5 minit dan keluarkan. Tuang baki adunan dan ratakan.
▶️ Bakar 10 minit lagi. Kemudian, keluarkan. Susun lagi haw flake di bahagian atas kek.
▶️ Bakar lagi lebih kurang 15 minit hingga masak.
BACA JUGA : Resepi Homemade Sausage Yang Simple Dan Sedap. Lagi Elok Dari Beli Kat Luar!
Buat kek lobak ni bahan-bahannya mudah. Cuma kena rajin sikit nak menyusun haw flake tu dan kena banyak kali keluar masuk oven. Sebab korang tak boleh letak terus haw flakes masa mula-mula nak bakar tu. Takut haw flakes tenggelam dek adunan kek lobak tu.
Yang dah bosan makan kek manis dan berkrim, boleh la cuba buat kek lobak masam manis ni kat rumah. Anak-anak dan suami mesti suka. Ramai jugak tau yang share resepi ni kat Facebook. Korang try la buat kat rumah nanti.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Stcaldina Ismail kerana sudi berkongsi resepi kek lobak masam manis ini di Facebook. Semoga ianya bermnafaat buat kita semua. Boleh masuk buku dah resepi ni. Selamat mencuba!