Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Batik Tamar Cocoa Simple Dan Sedap. Pasti Menjilat Jari Dibuatnya!
Resepi kek batik tamar cocoa ini sangat mudah dibuat. Dengan menggunakan 5 bahan sahaja, anda boleh menghasilkan kek batik tamar cocoa yang cukup sedap hingga menjilat jari.
Semua bahan hanya perlu dimasak atas dapur gas sahaja sebelum disejukkan dan dihidang. Kek batik memang sangat popular dan biasanya dijual di pasar malam ataupun bazar ramadhan.
Kuih ini sangat sesuai dijadikan pencuci mulut dimajlis terbuka dan keramaian. Selain itu, ianya juga sesuai dijadikan kudapan semasa berbuka puasa. Rasanya tidak terlalu manis, kerana tiada penggunaan gula dalam resepi ini.
Resepi kek batik boleh dipelbagaikan. Selain ianya menggunakan tamar cocoa boleh juga menggunakan dark coklat ataupun milo. Resepi kek batik tamar cocoa ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Azeera Azmi melalui laman facebooknya.
Anak-anak memang sukakan kek batik ini. Ianya juga boleh dijadikan menu potluck anak-anak kesekolah. Memang sekejap je licin.
RESEPI KEK BATIK TAMAR COCOA
Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat 5 bahan yang diperlukan dalam penyediaan resepi ini. Tak cuba tak tahu keenakannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 250 gm Butter/Margerin
- 600gm/ 1pkt Biskut Marie
- 1 cawan Tamar cocoa
- 2 biji Telur
- 1 cawan Susu pekat
CARA PENYEDIAAN KEK BATIK TAMAR COCOA :
▶️ Mula-mula, patah-patahkan biskut Marie.
▶️ Dalam kuali cairkan butter.
▶️ Bila dah cair masukkan tamar cocoa dan susu pekat. Kacau sebati.
▶️ Kemudian, masukkan telur dan kacau lagi sampai pekat.
▶️ Seterusnya, tutup api dan masukkan biskut marie. Kacau sehingga rata.
▶️ Alaskan loyang atau bekas dengan menggunakan plastik.
▶️ Masukkan adunan biskut marie tadi kedalam loyang atau bekas. Tekan bagi padat dan sejukkan dalam peti.
▶️ Dah sejuk boleh potong dan hidangkan.
BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Bali Tanpa Belacan. Hidangan Yang Cukup Mudah Dan Sedap.
Siap untuk dihidang! Mudahkan cara nak buat kek batik ni. Bahan-bahan yang digunakan tidaklah terlalu mahal memang berbaloi bila buat sendiri dirumah.
Yang nak buat beniaga pun boleh cuba resepi ni. Memang laku keras! Boleh dijual waktu pagi dengan kuih muih yang lain.
Semoga resepi kek batik tamar cocoa ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!