Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Cheesy Baked Macaroni Simple Tanpa Guna Source Carbonara Dan Tomato Sauce Prego. Sekali Ngap Pasti Nak Lagi!

0 196

Ada tak penggemar macaroni kat sini? Wah! Kali ni ada satu resepi mudah dan sedap yang menggunakan macaroni. Korang pernah buat tak resepi cheesy baked macaroni tanpa source carbonara dan tomato sauce prego. Fuh! Sedap sangat. Ngam sekali pasti nak lagi.

Sebelum nak bakar macaroni ni, korang kena rebus dan tumis semua bahan dulu. Barulah letak slice cheese kat atas dan bakar sekejap dalam oven. Memang sedap ye. Bahan memasak yang di gunakan pun tidak menggunakan bahan memasak yang banyak.

Semua bahan yang di gunakan tak renyah nak cari. Korang cuma perlukan 6-7 bahan je macam tu. Takde slice cheese pun boleh je makan. Tapi, lagi sedap kalau letak cheese lah kan. Barulah rasa kebaratan macaroni ni. Makan panas-panas lagi best sebab slice cheese tu akan tertarik-tarik nanti!

Resepi cheesy baked macaroni ni telah di kongsikan oleh neorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mastura Mukhtar. Tengok kat gambar pun dah terliur nak makan. Anak-anak pun mesti suka macaroni ni. Sesuai juga dihidang untuk makan malam, kalau malas nak makan nasi.

Raya kan sebulan. Nak hidang cheesy baked macaroni ni masa open house pun boleh. Sesuai juga korang nak bagi anak-anak bawa ke jamuan hari raya di sekolah atau korang nak bawa potluck kat office. Kembung dah perut asyik makan lemang ketupat je. Kita hidang menu ala-ala western pula.

 

RESEPI CHEESY BAKED MACARONI

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan cheesy baked macaroni ni. Sangat mudah nak buat ye. Korang follow je step by step resepinya kat bawah ni confirm menjadi!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Macaroni (direbus)
  • Minced chicken
  • Carrot
  • Button Mushroom
  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Capsicum or cabai hidup merah/hijau
  • Cheese slice/Mozarella cheese
  • Daun parsley

CARA PENYEDIAAN CHEESY BAKED MACARONI : 

▶️ Tumis semua bahan di atas dan masukkan macaroni yang telah direbus.

▶️ Kacau sebati, sampai agak kering macam ni.

▶️ Kemudian, tuang dalam loyang dan bakar setengah jam.

▶️ Kalau ada cheese boleh letak cheese slice/Mozarella cheese atas macaroni tu.

▶️ Akhir sekali, tabur daun parsley.

 

BACA JUGA : Resepi Cencaru Sumbat Sambal Yang Simple Dan Sedap. Masak Guna Airfryer Je Senang!

 

Siap untuk dihidang! Wah! Nice weh resepi ni. Anak-anak dah takde mood makan nasi, korang boleh bagi makan macaroni ni. Tumis macam masak mee je. Lepas tu, bakar dałam oven! Mudahkan. Tak perlu renyah-renyah nak letak source carbonara dan tomato sauce prego lagi.

Simple macam ni pun dah ramai yang suka. Untuk pengetahuan korang Cik Puan Mastura Mukhtar ni gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Nampak menarik resepi-resepi yang beliau kongsikan. Next time kita boleh cuba resepi lain pula. 

Ribuan terima kasih diucapkan juga kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi cheesy baked macaroni tanpa source carbonara dan tomato sauce prego ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open