Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Daging Grill Harimau Menangis Dan Sos Ala Thai. Lembut Dan Juicy Rugi Tak Cuba!

0 4,600

Resepi daging grill harimau menangis dan sos ala thai ini pernah viral di media sosial. Dan ramai yang mencuba resepi ini. Dengarnya resepi ini asalnya adalah resepi dari sebelah thailand. Disebabkan ianya viral, maka semakin ramai peniaga mengambil peluang untuk menjual daging harimau menangis ni.

Kalau dah masakan thai, pasti ramai penggemarnya. Kepada yang masih tak tahu kenapa resepi ini di panggil “daging harimau menangis” ha! meh dengar. Harimau menangis ini merupakan bahagian daging lembu yang memang lembut dan mempunyai sedikit lemak.

Daging tersebut akan diperap dengan menggunakan beberapa bahan perapan termasuklah menggunakan sos tiram, bawang putih, gula perang, garam dan serbuk lada hitam. Kemudiannya ia akan dibakar.

Nak guna perapan daging tu untuk perap ayam pun boleh. Jom kita lihat perkongsian resepi daging grill harimau menangis dan sos ala thai yang dikongsikan oleh Cik Puan Puteri Hana Sofia melalui laman facebooknya. Pasti ramai yang tak sabar nak mencubanya kan.

Untuk menyedapkan lagi daging grill tu anda pelu memakannya dengan sos ala thai. Barulah lengkap hidangan ini. Sos ala thai ini cukup dengan rasa manis, masam dan juga pedas. Sungguh enak! Nak makan ratah macam tu pun memang terangkat dibuatnya.

 

RESEPI DAGING GRILL HARIMAU MENANGIS DAN SOS ALA THAI

Cara penyediaan resepi ini sangatlah mudah. Nak bakar daging ni menggunakan air fryer pun boleh. Tapi ikutkan resepi asal bakar atas arang tau. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan perapan daging :
  • 5 keping daging
  • 4 ulas bawang putih(ditumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk paprika
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk origano
  • 1 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar sos tiram.
  • 3 sudu besar sos ikan.
  • 3 sudu besar kicap manis.
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 4 sudu besar brown sugar.

Bahan-bahan sos ala thai : 
  • 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 15biji cili api (ditumbuk)
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos ikan.
  • 1 biji tomato (dicincang)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 3 sudu brown sugar
  • 1 bawang holland (belah dadu)
  • 1 biji lemon/limau nipis
  • Daun ketumbar (dihiris)

CARA PENYEDIAAN DAGING GRILL HARIMAU MENANGIS DAN SOS ALA THAI :
Cara penyediaan daging grill harimau menangis :

▶️ Campur kesemua bahan diatas kedalam daging, gaul sampai rata dan perapkan.

▶️ Perap sekurang-kurangnya 3 jam, tapi kalau nak lagi sedap perap semalaman.

▶️ Masukkan 1 sudu butter dan grill atas pan. Nak guna kuali biasa pon boleh je. Grill sampai daging bertukar warna perang, nak bakar dalam oven pon boleh.

▶️ Dah masak ketepikan dulu biar daging harimau menangis sejuk.

Cara penyediaan sos ala thai :

▶️ Satukan kesemua bahan untuk sos ala thai diatas, ikut selera masing-masing kalau nak extra spicy, letak cili padi dan perahan lemon banyak sikit. Kacau sebati dan siap!

 

BACA JUGA: Resepi Kek Batik Tamar Cocoa Simple Dan Sedap. Pasti Menjilat Jari Dibuatnya!

 

Siap untuk dihidang kedua-duanya! Mudah je kan. Nampak kan nak masak guna apa pun boleh. Bakar atas kuali biasa pun boleh tau. Mana yang mudah bagi anda semua. Yang penting menjadi!

Daging ni diperap lama lagi sedap. Diperap semalam extra sedap sebab bahan perapan tadi boleh masuk kedalam daging tu. Bila dah masak daging biasanya akan dihiris nipis untuk memudahkan anda makan nanti.

Nak lagi pedas boleh letak cili padi yang banyak perah pula limau lebih sikit. Memang tak toleh kiri kanan bila cicah dengan daging tu. Semoga resepi daging daging grill harimau menangis dan sos ala thai ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open