Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Mangga Yang Mudah, Sedap Dan Cantik. Hidang Sejuk-Sejuk Lagi Sedap. Nyaman Je Rasa Tekak!

0 199

Wow! Syok juga kalau dapat makan puding mangga musim-musim panas ni. Makan sejuk-sejuk rasa nyaman je tekak. Anak-anak pun mesti suka makan. So, apa kata korang cuba resepi puding mangga ni. Buat banyak-banyak boleh letak dalam peti. Tinggal ambil je kalau nak makan nanti.

Korang guna mangga kuning tu je. Mangga tu mudah nak dapat. Kat pasaraya, tepi-tepi jalan pun ada yang jual. Kalau tengah musim, 2/3kg pun boleh dapat dengan harga RM10. Terkejut dengan harganya. Mangga kuning atau mangga manis ni memang sedap di buat air tau. Tapi kali ni kita buat puding pula.

Puding juga boleh di buat dengan pelbagai cara. Ada yang buat puding roti, puding buah dan macam-macam lagi lah. Puding juga biasanya akan di jadikan dessert di majlis-majlis keramaian. Sama juga dengan puding mangga ni. Lepas je menjamu hidangan yang berat, korang boleh maniskan mulut dengan puding ni.

Puding mangga ni sangat mudah dibuat. Tekstur dan rupa bentuknya juga cantik. Korang hanya perlu potong dadu buah mangga dan masukkan dalam loyang sebelum di tuang lapisan agar-agar putih & lapisan agar-agar kuning yang dicampur dengan pure mangga.

Macam mana nak buat puding ni? Korang follow je resepi yang dikongsikan oleh Encik Muhammad Ali ni. Resepi beliau sangat detail dan mudah nak faham. First try pun sure boleh buat puding ni. Nak lagi cantik korang boleh buat puding ni dalam acuan berbentuk.

 

RESEPI PUDING MANGGA

Untuk resepi ni, Encik Muhammad Ali hanya menggunakan loyang petak 8 inci. Mudah nak potong. Ala-ala buat kueh lapis macam tu. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan di bawah ni. Asingkan bahan ikut lapisan. Senang nak buat nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Lapisan Pertama (putih) :
  • 4-5 biji mangga (dipotong dadu) – Nak kurangkan pun boleh.
  • 8 gram agar-agar tali
  • 3 cawan air
  • 50 gram gula
  • 130 gram susu segar
  • 30 gram dairy whipping cream

Lapisan Kedua (kuning) :
  • 300 gram puree + 2 sudu sunquick mangga (blend mangga, sebelum blend tu masukkan 2 sudu sunquick mangga. Kisar halus. Pakai lebih kurang dalam 3-4 biji mangga. Dah blend sila tapis)
  • 8 gram agar-agar tali
  • 3 cawan air
  • 30 gram gula
  • 130 gram susu cair
  • 30 gram dairy whipping cream
  • 3 sudu makan sunquick mangga

CARA PENYEDIAAN PUDING MANGGA :
Cara penyediaan lapisan pertama (putih) :

▶️ Potong dadu 4-5 biji mangga. Letakkan dan susun dalam loyang. Nak kurangkan letak mangga pun boleh. Atas citarasa masing-masing. Setkan dalam peti sementara buat proses seterusnya.

▶️ Letak atas api sederhana 8 gram agar – agar tali + 3 cawan air.

▶️ Biarkan mendidih & agar-agar tali tadi terurai. Masukkan pula 50 gram gula. Dah larut baru masukkan 130 gram susu segar + 30 gram dairy whipping cream.

▶️ Biarkan mendidih dalam 2-3 minit. Kacau jap then off api.

▶️ Biarkan dalam 3-4 minit baru tuangkan perlahan-lahan keatas mangga yang diletakkan dalam loyang tadi. Setkan dalam peti.

Cara penyediaan lapisan kedua (kuning) :

▶️ Api sederhana, masukkan 8 gram agar – agar tali + 3 cawan air.

▶️ Bila mendidih masukkan 30 gram gula.

▶️ Bila gula dah larut masukkan 130 gram susu cair + 30 gram dairy whipping cream + 300 gram puree mangga & 3 sudu makan sunquick mangga. Pure mangga guna dalam 3-4 biji mangga je.

▶️ Kacau sebati & biarkan mendidih selama 2-3 minit. Off api. Bagi suam dulu dalam 3-4 minit baru tuang perlahan-lahan keatas lapisan putih tadi.

▶️ Sebelum tuang cucuk-cucuk dulu pakai garpu agar lapisan melekat & tak terpisah.

▶️ Setkan dalam 3-3 jam dan dah boleh makan sejuk-sejuk. InsyaAllah sedap!

 

BACA JUGA : Resepi Laksa Terengganu Kuah Putih. Nak Makan Dengan Dengan Laksam Pun Boleh!

 

Siap untuk dihidang! Makan sejuk-sejuk sedap sangat. Anak-anak pun berebut nak makan. Boleh juga di buat dalam bekas yang kecil dan bertutup. Sesuai untuk di hidang buat tetamu. Nak buat untuk jualan pun boleh. InsyaAllah memang ramai yang suka.

Untuk pengetahuan korang, Encik Muhammad Ali ni memang gemar berkongsi resepi puding di Facebook. Macam-macam Jenis puding ada tau! Dan ramai yang share resepi-resepi puding kat wall Facebook beliau tu. Next time kita cuba resepi puding yang lain pula. 

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi puding mangga yang mudah, sedap dan cantik ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open