Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kuih Lopes Untuk Minum Petang. Try Cara Ni, Memang Jimat Dan Pantas. Sedap Pulak Tu! 

0 677

Ada tak kat sini penggemar kuih lopes? Nama macam orang putih, tapi kuih ni merupakan kuih tradisional orang Melayu yang sangat ramai penggemarnya. Apa kata hujung-hujung minggu ni kita try buat resepi kuih lopes untuk minum petang. Mesti best!

Kuih lopes juga merupakan kuih yang diperbuat daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan di warnakan dengan warna asli air pandan. Ianya akan di gulung dengan parutan kelapa dan di makan manis dengan air gula.

Sesetengah orang beraggapan, kuih lopes ni agak renyah di buat. Sebab menggunakan daun pisang.  Sebenarnya kuih ni boleh je di buat tanpa daun pisang. Dah ada cara modern yang mudah dan cepat untuk korang follow. Cuma kukus dalam loyang je. Rasanya juga tak kurang sedapnya tau!

Resepi kuih lopes yang di kongsikan oleh Cik Puan Yati Rahim ni telah mendapat share yang banyak iaitu 4.2k. Mungkin di sebabkan cara penyediaannya yang mudah, buat ramai yang tertarik untuk mencubanya sendiri di rumah. Kalau nak beli, memang tak puas nak makan. Betul tak?

Kuih lopes juga sesuai di jadikan hidangan atau pemanis mulut untuk para tetamu yang datang kerumah. Korang boleh save siap-siap resepi ni sebab ianya menjimatkan masa dan tenaga korang buat kuih ni. Tak perlu guna daun pisang lagi. Tekap je guna penutup botol nutella. Memang mudah!

 

RESEPI KUIH LOPES 

Untuk sukatan kuih lopes ni, korang akan dapat hasilnya dapat 28 biji dengan hanya menggunakan 2 cawan beras pulut. Siap boleh bagi jiran rasa lagi. Jom kita usha bahan-bahan memasak yang diperlukan di bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk pulut : 
  • 2 cwn beras pulut susu
  • 2 cwn santan cair
  • 1/2 cwn air pandan
  • 1sk air kapur
  • Beberapa titik pewarna hijau

 

Bahan-bahan untuk air gula :
  • Gula melaka
  • Gula putih
  • Air
  • Tepung jagung (dalam 1 sb je, bancuh dengan air sikit)

* Semua bahan di atas boleh anggarkan saja ikut keperluan.

*Tujuannya tepung jagung di gunakan adalah untuk memekatkan air gula tersebut.

 

Bahan untuk kelapa parut : 
  • Kelapa parut
  • Garam

CARA PENYEDIAAN KUIH LOPES : 
Cara penyediaan pulut : 

▶️ Cuci beras pulut dan rendam selama 1/2jam dgn air kapur+pewarna hijau.

▶️ Kisar daun pandan+air dan tapis (Guna 4 helai daun pandan)

▶️  Toskan beras pulut tadi dan masukkan dalam loyang.

▶️ Masukkan santan cair+gula dan kacau rata

▶️ Kukus sampai masak.

 

Cara penyediaan air gula dan kelapa parut : 

▶️ Campur semua bahan dalam periuk kecil dan masak sehingga mendidih. Pelahankn api kemudian masak sehingga gula menjadi likat.

▶️ Kelapa parut+garam, gaul sebati dan kukus sekejap supaya kelapa tu tak mudah basi dan tahan lama.

Cara membentuk pulut : 

▶️ Ok, bila pulut dah masak, ambil sudu dan penutup tudung botol nutella, takde penutup tu cari la penutup tudung yang lain.

▶️ Padatkan pulut dalam penutup nutella dan tebalikkan penutup diatas dulang yang dilapik dengan plastik. Tak pun dengan kertas pembalut nasi lemak.

▶️ Kemudian, golekkan pulut tadi dalam kelapa parut.

▶️ Siram air gula tadi kemudian bolehlah dimakan.

 

BACA JUGA : Resepi Puding Mangga Yang Mudah, Sedap Dan Cantik. Hidang Sejuk-Sejuk Lagi Sedap. Nyaman Je Rasa Tekak!

 

Siap untuk dihidang! mudah je kan. Bolehlah hidang untuk minum petang nanti. Mesti korang nak tahu apa fungsi air kapur tadi kan. Air kapur tu adalah untuk memejalkan beras pulut tu nanti. So, hasil tekstur pulut nanti akan pejal dan cantik bentukknya.

Macam-macam lagi resepi menarik yang dikongsikan oleh Cik Puan Yati Rahim di wall Facebooknya. Korang boleh usha resepi mana yang korang nak cuba nanti. Untuk hari ni, korang boleh try buat sendiri kuih lopes untuk minum petang sekeluarga. 

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi kuih lopes yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Korang mesti teruja dengan hasil kuih lopes ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open